Profile Picture

Mohd Syazwan *******

(Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Engineering (Honours) (Civil)

Swinburne University of Technology Sarawak Campus (Graduated)

Simunjan, Sarawak

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Syazwan dan lebih senang dipanggil AbgWan, seorang yang memang suka membantu orang lain dalam pelajaran. Sejak dari universiti, saya sering mengadakan kelas tuition sendiri di rumah untuk membantu anak-anak kecil di kampung sehinggalah sekarang walaupun telah tamat universiti 6 bulan yang lalu. Subjek yang sering di ajar ialah Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia. Kelas-kelas yang diadakan adalah secara berkumpulan tetapi dalam bilangan kurang dari 4 orang satu sesi kerana saya lebih suka mengajar berfokus berbanding menjadi guru di hadapan kelas. Dengan cara itu, ramai ibu bapa yang berpuas hati dengan peningkatan prestasi anak-anak mereka. Oleh itu, saya ingin meneruskan motto saya untuk pelajar-pelajar di rumah iaitu 'Tutoring Made Accessible'.
Teaching Method(s)
Setiap subjek saya gunakan kaedah yang berbeza dan sesuai dengan tahap prestasi pelajar. Kajian menunjukkan fokus pelajar sekolah rendah hanya bertahan selama 45 minit, jadi saya sentiasa manfaatkan masa tersebut. Masa selebihnya saya isi dengan aktiviti yang interaktif seperti quiz Kahoot ataupun menonton video ringkas yang menarik tentang topik-topik dalam subjek tersebut. Untuk subjek sejarah, saya amalkan konsep faham, latihan dan aktiviti berkumpulan di mana ia membantu ramai pelajar saya sebelum ini. Untuk subjek melibatkan pengiraan, tiada jalan pintas untuk para pelajar selain daripada praktis latihan yang sama berulang kali sehingga mencapai masa yang diingini untuk siap satu soalan. Saya tidak janjikan pelajar dapat A+ tapi saya janjikan mereka akan ada peningkatan dalam subjek yang saya bantu.
Subject
Subject School Level
Sejarah Tingkatan 5
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5