Merupakan seorang guru disalah sebuah sekolah berasrama penuh. Berpengalaman mengajar subjek matematik menengah rendah lebih daripada 10 tahun. Berkelulusan ijazah sarjana muda luar negara, The University of Sheffield, United Kingdom dalam bidang BSc. in Mathematics. Pemegang sijil ikhtisas diploma pendidikan dari Institut Perguruan Kampus Pulau Pinang. Berpengalaman menjadi private tutor/home tutor sejak 2014.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang baik dalam subjek matematik bergantung kepada tahap murid dan gaya pembelajaran mereka. Antara pendekatan atau teknik yang saya suka adalah Pendekatan Berasaskan Masalah (Problem-Based Learning).
Teknik ini melibatkan murid menyelesaikan masalah dunia nyata yang berkaitan dengan topik matematik. Melalui pendekatan ini, murid belajar cara berfikir kritis dan kreatif serta mengaplikasikan konsep matematik dalam situasi sebenar.