Profile Picture

Nur Ain *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Conservation Biology

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Graduated)

Tawau, Sabah

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya, Nur Ain Binti Firman dan lebih mesra disapa sebagai Teacher Ain. Saya merupakan seorang alumni dari institusi awam, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi Pemuliharaan, serta merupakan salah seorang graduan dengan PNGK/CGPA 3.72 (Ijazah Kelas Pertama). Saya berpengalaman dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains di pusat-pusat tuisyen secara bersemuka. Saya juga berpengalaman menjadi tutor peribadi bagi pelajar sekolah rendah jenis kebangsaan cina (SJKC) dalam mata pelajaran Matematik. Saya juga berpengalaman dalam mengendali, mengurus dan mengajar kelas bagi para pelajar sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6). Mata pelajaran major saya ialah Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, manakala mata pelajaran minor saya ialah Bahasa Melayu dan Biologi. Saya dapat mengajar dan bertutur dengan lancar dalam tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Berkemahiran bertutur dengan tiga bahasa mendorong saya dalam sistem pengajaran yang tersusun dan terartur kerana dapat berkomunikasi dengan baik dengan para pelajar yang berbilang kaum.
Teaching Method(s)
Berpengalaman dalam mengajar para pelajar di pusat-pusat tuisyen secara bersemuka menyebabkan saya menerapkan beberapa teknik mudah untuk menarik perhatian para pelajar dalam menuntut ilmu, khususnya bagi mata pelajaran Matematik. Saya mengambil pendekatan untuk menerapkan sistem kuiz dalam teknik menghafal sifir bagi para pelajar yang mengambil kelas mata pelajaran Matematik di kelas saya. Saya juga menerapkan cara dan jalan pengiraan Matematik yang termudah bagi memudahkan para pelajar saya memahami teknik pengiraan Marematik. Sejauh ini, pendekatan dan teknik belajar yang saya terapkan telah berhasil difahami dan diaplikasikan oleh para pelajar saya. Bagi mata pelajaran bahasa pula, saya menerapkan teknik menjawab karangan dengan mudah, tepat dan padat dengan isi yang bersesuaian agar mereka memperolehi markah yang maksimum bagi mata pelajaran bahasa tersebut, sama ada Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tadika, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Membaca B. Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tadika
Membaca B. Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tadika
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tadika
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tadika
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tadika, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mathematics DLP Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Science DLP Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Tambahan Tingkatan 3
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biology DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5