Profile Picture

Muhammad Badi'uzzaman *******

(Online)

Sarjana Muda - Islamic Education

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Belawai, Sarawak

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Muhammad Badi'uzzaman Bin Temrin merupakan seorang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai latar belakang dalam pendidikan serta berdedikasi dan bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya merupakan seorang tutor ataupun pendidik yang ramah namun tegas. Saya merupakan seorang tutor yang fleksibel dimana saya akan menerapkan nilai-nilai murni sepanjang sesi pengajaran saya. Selain itu juga, saya juga merupakan seorang tutor yang menepati masa dan bertanggungjawab keatas anak didik saya. Dalam masa yang sama, saya mempunyai pengalaman dalam mengajar dan mendidik pelajar dengan latar belakang yang pelbagai. Seterusnya, saya juga merupakan seorang yang akan berusaha untuk menjadikan kefahaman pelajar dapat diperoleh secara maksimum dengan lebih bijak, ringkas dan mudah. Oleh itu, jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya mengaplikasikan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar sentiasa terangsang dan tidak mudah bosan. Dengan menyediakan teknik kefahaman yang mudah serta tatabahasa yang ringkas dan padat, saya memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan lebih lancar. Selain itu, saya menggunakan akronim untuk memudahkan ingatan saya tentang pelbagai konsep khususnya berkaitan dengan tajuk-tajuk ataupun bidang yang memerlukan pelajar untuk mengingat dan menghafal sesuatu topik ataupun formula. Kelas dalam talian saya juga dilengkapi dengan nota berwarna-warni yang menarik, menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan! Selain itu, bagi subjek-subjek yang melibatkan teknik menghafal dan sebagainya, saya akan menyediakan ringkasan yang mudah agar pelajar mudah untuk mengingat dan menghafal apa yang telah dipelajari. Akhir sekali, saya gemar dalam menggunakan bentuk-bentuk info grafik dalam memudahkan kefahaman pelajar. Selain itu, dalam pengajaran iqra' ataupun bacaan al-Quran saya menitik beratkan konsep talaqqi musyafahah semasa pembelajaran. Tambahan pulak, saya merupakan seorang tutor yang mahir dalam pelbagai subjek seperti sejarah, matematik, pendidikan Islam dan mengaji. Insyaallah, saya akan memberikan yang terbaik sepanjang sesi pengajian selaku seorang tutor yang bertanggungjawab.Terima kasih.
Subject
Subject School Level
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6, Mengaji, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Fardhu Ain Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6, Mengaji
Kelas Agama Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6, Mengaji
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 6, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Fekah Darjah 5, Darjah 6, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3