Saya merupakan tutor yang berdedikasi dan boleh mengajar menggunakan kepelbagaian pendekatan interaktif untuk menimbulkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Dengan kepakaran saya dalam penggunaan multimedia, saya boleh mengaplikasikan kepelbagaian kaedah pembelajaran yang interaktif untuk menarik minat pelajar dan memotivasikan pelajar dalam pembelajaran. Saya juga akan sedaya upaya membantu pelajar-pelajar saya untuk menguasai pembelajaran mereka dengan cemerlang. Jadikan saya sebagai tutor anda hari ini.
Teaching Method(s)
Beberapa kaedah penyampaian pembelajaran yang saya sentiasa lakukan untuk memastikan pelajar boleh menerima dan memahami konteks pembelajaran mereka dengan mudah adalah menerusi:
1) Peta minda - saya akan menyediakan nota dalam bentuk peta minda yang interaktif supaya pelajar dapat fokus kepada isi kandungan pembelajaran yang penting.
2) Belajar melalui permainan - saya akan menggunakan beberapa kaedah pembelajaran permainan interaktif untuk memudahkan pelajar menghuraikan konsep abstrak pembelajaran dengan jelas. Misalnya saya akan menggunakan pendekatan permainan seperti Kaahot, Quizlet, Video dan aktiviti Simulasi.
3) Jawab soalan latih tubi - saya akan menyediakan contoh soalan yang boleh dijadikan sebagai latihan untuk pelajar mengulangkaji.