Profile Picture

Maryam Darlina *******

(Online)

Sarjana Muda - Malay Linguistic

Universiti Malaya (Petaling Jaya) (Graduated)

Ayer Molek, Melaka

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan tutor yang jujur dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan ilmu yang telah dipelajari. Saya juga seorang yang gigih serta berdedikasi mengajar murid dengan menggunakan kaedah pengajaran yang berteraskan abad ke-21. Di samping itu juga, saya mempunyai ikhtisas dalam bidang pendidikan iaitu baru sahaja menamatkan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) setelah bergraduasi dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Lingusitik Melayu. Saya juga mempunyai pengalaman mengajar murid di sekolah menengah sewaktu menjalani praktikum selama 3 bulan. Oleh yang demikian, saya telah peroleh ilmu, pengalaman dan kemahiran untuk meningkatkan kefahaman murid terutamanya dalam subjek bahasa Melayu.
Teaching Method(s)
Saya mengamalkan kaedah pengajaran yang berkonsepkan mediatif iaitu berpusatkan murid sewaktu sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC). Hal ini demikian kerana pentingnya melibatkan murid dalam keseluruhan pembelajaran dengan mengaplikasikan aktiviti yang menarik yang bersesuaian dengan topik pembelajaran. Selain itu, saya juga mendedahkan rumus-rumus yang mudah diingati agar murid mudah untuk menulis karangan dengan cemerlang. Seterusnya, dari suut tatabahasa pula, saya menerangkan secara ringkas namun padat serta pemberian contoh yang pelbagai agar dapat meningkatkan kefahaman murid. Di samping itu, saya mengaplikasikan teknik bercerita terutamanya perkara yang berkaitan dengan komsas misalnya cerpen dan sebagainya agar murid lebih teruja di samping dapat mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2
Membaca B. Melayu Tadika