About Me
Saya ialah Cikgu Rusman. Saya merupakan seorang tutor yang komited dan prihatin dalam mendidik. Saya berpengalaman selama lebih kurang 8 tahun dalam dunia pendidikan sekolah rendah. Subjek major saya ialah Bahasa Inggeris pendidikan rendah, manakala Pendidikan Moral pendidikan rendah ialah subjek minor saya. Saya berkemahiran dalam merangka, membina, dan mengimplementasi modul pembelajaran dan lembaran kerja untuk pelajar yang mempunyai kesukaran dalam menguasai empat kemahiran bahasa dalam Bahasa Inggeris, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Saya telah mendapat pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2019 dan Anugerah Guru Sejati pada tahun 2021.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 8 tahun dalam bidang pendidikan, serta sedang melanjutkan pendidikan dalam bidang kedoktoran di universiti tempatan, saya beriltizam untuk menyumbang kepakaran saya kepada para pelajar. Saya percaya bahawa pendidikan rendah harus menekankan penguasaan empat kemahiran bahasa yang asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Asas yang kukuh menjadi pemangkin kepada pencapaian cemerlang pelajar. Teknik ‘scaffolding’, didik hibur, main peranan, ‘vocabulary treasure’, ‘note taking’, ‘PAOP sentence building’, dan beberapa lagi teknik yang saya gunakan dalam pengajaran berupaya membantu pelajar ‘from zero, to hero’.