Profile Picture

Nur Syahira *******

(Physical & Online)

Diploma Pascasiswazah - Diploma Pendidikan Lanjutan Ijazah (DPLI)

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Ampang, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training PKSK & UKKM

Training Motivation In Education

Training Personality Test & Multiple Intelligence

Training Online Class Preparation

Training Matematik Sek Menengah Bawah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hi everyone. This is Cikgu Syira.

Saya merupakan alumni Universiti Malaya (UM) dan alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) . Saya berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia di UM (2022) dan juga Diploma Pendidikan Lanjutan Ijazah (DPLI) di UKM (2024). Selain itu, saya juga merupakan pemegang biasiswa Mybrainsc dibawah anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sepanjang saya mengambil ijazah sarjana muda di UM .

Semasa zaman sekolah lagi saya gemar mempelajari subjek kimia, matematik , matematik tambahan dan sains. Antara subjek-subjek tersebut saya sangat meminati subjek kimia yang membuatkan saya ingin mengambil ijazah sarjana muda dalam bidang tersebut. Saya sudah mempunyai pengalaman mengajar bermula dari sekolah menengah lagi . Contohnya, saya telah tersenarai di dalam Top 30 dalam tingkatan untuk menjadi guru muda dalam program achievers . Bukan itu sahaja, ketika di matrikulasi saya dipilih untuk menjadi Pal Leader dan Fasilitator bagi subjek kimia dan matematik. Saya juga mempunyai pengalaman mengajar sains tingkatan 2 dan kimia tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di selangor.

Pencapaian ini telah mendedahkan saya dalam dunia mengajar lebih awal dan membuatkan saya lebih bersemangat untuk mengajar lagi . Oleh sebab itu , saya meneruskan pelajaran untuk mengambil DPLI agar saya boleh belajar lebih mendalam tentang dunia pendidikan . Walaupun begitu, saya bukanlah seorang pelajar yang "gifted" , saya perlu berusaha untuk berjaya dan saya ingin membanggakan diri dan ibubapa saya . Saya pasti ramai di luar sana seperti saya. Sekiranya kamu sanggup untuk berusaha dan ingin berjaya, izinkan saya untuk membantu kamu .

Teaching Method(s)
Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah bergantung kepada latar belakang akademik murid dari segi tahap penguasaan (TP) dan gred/markah peperiksaan murid sama ada lemah, sederhana atau cemerlang. Saya akan melakukan perbincangan dengan murid dalam sesi pertama untuk menentukan kaedah yang akan digunakan berdasarkan maklumat yang diberi. Setelah itu, saya akan mula membuat perancangan seperti bahan pengajaran dan aktiviti.

1. Kaedah pengajaran berpusatkan guru - "Lecture method" - penerangan
Kebiasaannya kaedah yang saya akan gunakan adalah seperti "lecture method" dimana penerangan akan dibuat terlebih dahulu yang merangkumi objektif, kandungan, teknik dan tips-tips yang berguna mengikut tajuk semasa yang diajar. Tujuan ini adalah supaya murid dapat menerima dan mengaplikasi ilmu ini di luar atau di dalam kelas. Bukan itu sahaja, cara ini juga dapat membantu menjelaskan beberapa bahagian yang mungkin kurang jelas sebelumnya . Dalam peringkat ini, kognitif murid akan mula berkembang dan murid mungkin akan mempunyai soalan yang ingin ditanya, saya akan cuba menjawab soalan tersebut dengan baik dan mudah.

2. Kaedah pengajaran berpusatkan murid - perbincangan, penyelesaian , aplikasi
Kaedah yang lain adalah menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid . Kaedah pengajaran berpusatkan murid adalah seperti murid akan diberi bahan seperti teka silang kata, lembaran kerja , latihan KBAT dan lain-lain untuk diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, seterusnya murid perlu menunjukkan atau membentangkan hasil kerja tersebut kepada saya dan terdapat sedikit perbincangan antara saya dan murid tentang hasil kerja tersebut sama ada dari segi penambahbaikkan dan sebagainya.

3. Kaedah bermain sambil belajar - perbincangan, penyelesaian , aplikasi
Saya percaya otak manusia ibarat "sponge lembut" jika terlalu banyak maklumat yang perlu diserap maka kita akan mula hilang tumpuan dan maklumat tersebut umpama "masuk telinga kanan , keluar telinga kiri" . Oleh kerana itu, saya cuba menyelitkan unsur permainan dalam pengajaran ini untuk membantu mengembalikan semula tumpuan murid . Kaedah ini melibatkan aktiviti dengan sedikit unsur permainan yang dikendalikan oleh murid menggunakan bahan tambahan yang menarik yang akan disediakan oleh saya menggunakan kahoot, quizziz , google classroom, wordwall dan banyak lagi .

Gabungan beberapa kaedah ini dapat memantapkan komunikasi dua hala antara cikgu dan murid serta meningkatkan penglibatan murid dengan lebih aktif . Bahan-bahan pengajaran akan diberikan sebelum kelas bermula untuk murid membuat persiapan manakala kerja rumah atau kuiz berkala akan diberikan selepas atau sebelum waktu kelas . Nota, teknik dan latihan KBAT yang berkualiti juga akan disediakan . Kaedah lain juga mungkin akan digunakan walau bagaimanapun segala perancangan bergantung kepada kesusaian masa, lokasi , capaian internet dan tahap murid . Adakah anda sudah bersedia ?
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5