About Me
Salam, nama diberi Nurul Hamizah. Boleh panggil panggilan mesra saya Mijah.
Saya merupakan freshgrad student dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Doktor Pergigian.
Pengalaman saya, saya mengajar pelajar sekolah rendah/menengah subjek Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik dan Kimia. Sedikit sebanyak saya membantu mereka dalam memperbaiki pemahaman mereka tentang subjek-subjek tersebut.
Saya seorang yang peramah, mudah bergaul dan tegas (apa bila perlu). Saya seorang yang optimistik dan ambitious yang tinggi.
Prinsip belajar yang saya pegang.
“study smart, and harder.” Orang kata: Tak perlu study hard, cukup sekadar study smart. Tapi bagi saya, usaha yang banyak, tak akan mengecewakan kita. So, we go for both. Smart and harder
Teaching Method(s)
Saya akan kongsikan formula dan tips belajar supaya mudah untuk ingat. Sebagai contoh penggunaan mind maps dan acronym, supaya pelajar tak perlu rasa susah untuk menghafal sesuatu perkara.
Saya prefer one to one method study, guru dan seorang anak murid. Supaya saya boleh fokus dengan satu orang murid sahaja dan mereka boleh dapat sebanyak mungkin ilmu yang saya kongsikan.
Melalui method ini jugak, saya dapat ukur tahap kefahaman mereka sama ada, mereka faham atau tidak.