Profile Picture

Muhammad Syamim *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Accounting

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Pokok Sena, Kedah

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya memulakan kerjaya sebagai juruaudit di salah satu firma perauditan tersohor di dunia, kemudian beralih ke sektor perakaunan, dan terkini bertugas sebagai pegawai kredit di dalam sektor Perbankan. Pengalaman saya yang luas dalam bidang audit, perakaunan, dan perbankan telah memberikan saya pemahaman yang mendalam mengenai prinsip kewangan dan perakaunan. Pengalaman praktikal ini amat berharga dalam mendidik pelajar sekolah menengah, kerana saya dapat berkongsi pandangan dunia sebenar serta aplikasi praktikal konsep teori.

Dengan minat yang mendalam dalam mengajar dan asas profesional yang kukuh, saya berhasrat untuk membantu pelajar menguasai subjek perakaunan dengan cara yang menyeronokkan, jelas, dan relevan untuk peluang kerjaya masa depan.

Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah diskusi dan penceritaan untuk memudahkan pelajar memahami sesuatu teori dengan lebih mudah. Saya lebih menfokuskan untuk pelajar memahami kenapa sesuatu teori itu terhasil dan kenapa perlu untuk memahami. Ini membantu pelajar untuk lebih memahami daripada menghafal sesuatu silibus. Untuk subjek seperti perakaunan, saya berpendapat mengajar menggunakan Microsoft Excel amat penting buat pelajar tingkatan 4-5 kerana ini akan memberikan mereka persiapan awal untuk melangkah ke alam selepas Sijil Pelajaran Malaysia.
Subject
Subject School Level
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5
Perniagaan Tingkatan 5, Tingkatan 4
Pengajian Keusahawanan Tingkatan 4, Tingkatan 5