Profile Picture

Nooraida Syafiqah *******

Sarjana Muda - Optometry

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Kepong, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan seorang Optometris bertauliah dengan Ijazah Sarjana Muda dalam Optometri dan kini berkhidmat di Focus Point, salah satu rangkaian kedai optik ternama di Malaysia.

Walaupun saya bukan dari bidang pendidikan, saya amat meminati dunia pengajaran. Minat ini terbukti melalui pengalaman saya mengajar Bahasa Melayu dan Matematik kepada pelajar menengah rendah dan atas sebelum saya melanjutkan pengajian ke universiti. Saya juga berkesempatan untuk mengajar Bahasa Melayu untuk pelajar sekolah rendah Tahap 1.

Saya percaya bahawa setiap pelajar boleh mencapai potensi terbaik mereka dengan bimbingan yang sabar, teknik yang sesuai, dan pendekatan yang tersusun. Saya juga dikenali sebagai seorang yang lembut dalam berbicara, sabar, serta teliti dalam memberi tunjuk ajar.

Dalam sesi pengajaran saya, saya bukan sahaja membantu pelajar memahami konsep dengan lebih jelas, tetapi juga membimbing mereka dalam teknik menjawab soalan dengan lebih efektif, supaya mereka lebih yakin dalam peperiksaan.

Jika anda mencari tutor yang dedikasi, sabar, dan komited dalam membantu anak anda mencapai kejayaan, saya sedia membantu!
Teaching Method(s)
- Pengajaran berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)
- Sentiasa bersedia dengan latihan & nota baru untuk topik yang bakal diajar
- Mengambil tahu tahap kemahiran pelajar & fokus kepada elemen pengajaran yang diperlukan
- Penggunaan 'online learning' (video, gambar, 'virtual notes') semasa pembelajaran untuk meningkatkan minat pelajar
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 2 Tingkatan 1 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 2 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5