Salam sejahtera. Nama saya Noor Aiman. Saya merupakan pelajar tahun pertama bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua atau dalam versi Bahasa Inggeris, Bachelor of Education Teaching English as a Second Language (TESL) di Universiti Malaya. Saya juga merupakan penerima Biasiswa Perguruan Persekutuan KPM di bawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) dimana selepas saya menamatkan pengajian saya di UM, saya akan berkhidmat sebagai Pensyarah Muda bagi subjek Bahasa Inggeris di Kolej Matrikulasi KPM. Saya merupakan seorang tutor yang ceria, berdedikasi serta mempunyai semangat juang yang tinggi dalam membantu anak murid saya untuk mendapatkan pendidikan yang interaktif dimana bukan sahaja akan memberi impak kepada pelajar itu sahaja, malah memberi kesan yang positif kepada masyarakat sekeliling. Saya juga mempunyai pengalaman menjadi guru muda/mentor bagi rakan-rakan saya sewaktu di sekolah menengah bagi subjek Bahasa Inggeris SPM dan juga menjadi mentor bagi subjek Kimia sewaktu pengajian saya di Kolej Matrikulasi Johor. Mari jadikan saya tutor anda hari ini !
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah pengenalan diri yang intensif supaya saya dapat mengenali para pelajar saya dengan lebih mendalam dan dapat berhubung dengan mereka secara lebih dalam seperti mengenali personaliti diri mereka dan kecenderungan mereka terhadap teknik dan gaya pembelajaran yang sesuai bagi diri mereka.