Profile Picture

Muhammad Fauzan *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian

Universiti Sains Islam Malaysia (Graduated)

Jitra, Kedah

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai, saya Cikgu Fauzan. Saya berpengalaman mengajar kelas tuisyen secara bersemuka dan atas talian sejak tahun 2019 sehingga kini untuk pelbagai subjek dari tahun 4 hingga Peringkat Matrikulasi. Subjek utama yang saya ajar ialah Matematik, Bahasa Melayu dan Prinsip Perakaunan untuk pelajar sekolah menengah. Manakala, beberapa subjek tambahan yang turut saya ajar ialah semua mata pelajaran UPKK iaitu Al-Qur'an, Lughatul Qur'an, Jawi dan Khat, Ulum Syariah, Adab dan Akhlak Islamiyah, Sirah, Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Amali Solat. Selain itu, saya juga mengajar mata pelajaran Matematik Tambahan, Sains, Science DLP, Mathematics DLP, Bahasa Cina Komunikasi dan Ekonomi.

Sepanjang saya melibatkan diri dalam bidang peguruan ini, saya juga telah berjaya menganjurkan pelbagai program termasuklah program Math Clinic bersama Pusat Tuisyen Cikgu Hajar di Pajam, Negeri Sembilan. Seterusnya bersama-sama menjayakan program Pemantapan pelajar SPM Sek. Men. Agama Darussaadah di Pendang Lake Resort dan Program Penguasaan Kalkulator di Sekolah tersebut juga. Penyertaan saya dalam pelbagai program akademik ini telah meningkatkan kemahiran khusus saya yang telah saya miliki mahupun yang baru diperoleh seperti Kemahiran Pengurusan Bilik Darjah, Kemahiran Pengurusan Program dan Aktiviti, Kemahiran Berkomunikasi, Kemahiran Berkepimpinan, Penguasaan Microsoft Excel, Microsoft Word dan Kemahiran Komputer yang berkaitan lainnya.
Teaching Method(s)
Memulakan sesi dengan pelbagai set induksi yang dapat meningkatkan semangat ingin tahu pelajar menjadi aspek utama dalam teknik pengajaran saya. saya juga menggunakan pelbagai Alat Bantu Mengajar dan melakukan aktiviti untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Alat Bantu Mengajar dan Aplikasi (Apps) yang saya gunakan seperti kertas mahjung, Geogebra Apps, Quizziz Apps, Blooket Apss, Laman Sesawang Padlet, Laman sesawang Pandai Apps dan banyak lagi.

Seterusnya, penguasaan kepada teknik mengingat dan memahami juga didedahkan supaya pelajar dan mengaplikasikan pembelajaran dan memahami apa yang diajarkan dengan lebih mudah. Pendekatan format pentaksiran seperti UPKK, UASA, SPM dan PSPM turut menjadi keutamaan bagi memberikan pelajar dapat bersedia dan melatih diri pelajar untuk memahami format peperiksaan sebenar.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Melayu
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sejarah
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Ekonomi
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mathematics DLP
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains DLP
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Asas Fardhu Ain
Darjah 4 Darjah 5