Profile Picture

Fatin Amrina *******

(Physical & Online)

Sarjana(master) - MASTER OF SCIENCE (INDUSTRIAL ENGINEERING)

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Graduated)

Kajang, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang sedang melanjutkan pengajian PhD dalam bidang Kejuruteraan Industri khusus kepada pemodelan matematik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Walaupun masih baru dalam bidang pengajaran, saya sangat bersemangat untuk berkongsi ilmu dan membantu pelajar memahami pelajaran dengan lebih mendalam. Dengan latar belakang akademik saya, saya yakin dapat memberikan panduan yang relevan dan efektif, khususnya dalam subjek Matematik dan Bahasa Melayu. Saya suka berinteraksi dengan pelajar dan sentiasa berusaha mencipta suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Saya juga komited untuk membantu pelajar mencapai potensi terbaik mereka melalui perancangan pembelajaran yang sistematik.
Teaching Method(s)
Sebagai seorang tutor, saya menggunakan pendekatan pengajaran yang menggabungkan teori dan latihan praktikal. Saya akan memulakan sesi pengajaran dengan penerangan yang jelas mengenai topik tertentu, diikuti dengan kuiz untuk menguji pemahaman pelajar. Untuk memastikan pelajar bersedia menghadapi peperiksaan, saya turut menggunakan soalan-soalan daripada peperiksaan tahun-tahun lepas sebagai bahan latihan. Saya menyediakan nota ringkas yang mudah difahami dan menggunakan warna-warna menarik, terutama untuk sesi dalam talian, bagi memastikan pembelajaran menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5