About Me
Assalamualaikum & Salam Malaysia Madani,
Saya Cikgu Ezzah berasal dari Sabah dan kini menetap di Sarawak, seorang tutor berpengalaman dengan lebih daripada 3 tahun dalam bidang pendidikan yang memilik dua ijazah (Psikologi dan Pendidikan Bahasa Melayu) akan terus komited dalam membantu pelajar mencapai kejayaan akademik yang luar biasa. Dengan latar belakang yang kukuh dalam pengajaran Bahasa Melayu & Sejarah, serta kemahiran dalam membina modul yang efektif, saya berusaha mencipta pengalaman pembelajaran yang menarik dan berkesan dengan menggunakan aplikasi teknologi pembelajaran semasa yang tidak pernah digunakan oleh tutor lain. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar memandangkan saya pernah memegang jawatan sebagai guru kaunselor merangkap guru akademik di sebuah sekolah di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak. Sebagai seorang pendidik, saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi yang besar, dan saya komited untuk memastikan pembelajaran bukan sahaja mudah difahami, tetapi juga menyeronokkan dan bermakna. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan motivasi mereka untuk terus belajar? Hubungi saya hari ini, cikgu comel anda :)
Teaching Method(s)
Kaedah pengajaran saya adalah berfokuskan pendekatan yang aktif dan interaktif, di mana saya menggabungkan teknik pengajaran moden dengan sumber pembelajaran digital untuk meningkatkan pemahaman pelajar. Teknik skor dan modul ciptaan saya sendiri bagi subjek bahasa Melayu & Sejarah dalam 30 sesi kelas setahun merupakan suatu teknik yang telah saya rangka sejak tahun 2022, dan saya sering mengemaskini modul tersebut mengikut keperluan semasa pembelajaran hari ini. Selain itu, saya menggunakan pendekatan berbeza untuk memenuhi pelbagai gaya pembelajaran, seperti perbincangan kumpulan, dan permainan interaktif, yang memberi ruang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran berfikir kritis serta memupuk kreativiti. Saya juga memberi penekanan kepada pembangunan sahsiah pelajar dengan memberi dorongan positif dan memberi tumpuan kepada peningkatan motivasi secara berterusan, supaya mereka dapat mencapai potensi penuh dalam suasana pembelajaran yang menyokong dan menyeronokkan.