Profile Picture

Nurin Nabihah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (Katering)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Graduated)

Slim River, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Nurin Nabihah Binti Noor Azman. Berumur 24 tahun pada tahun 2024 ini. Saya merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknikal Dan Vokasional(katering) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 4 bulan semasa latihan mengajar dan pernah mengendalikan kelas tuisyen semasa cuti semester dalam tempoh 3 bulan. Saya merupakan seorang tutor yang mampu mengajar pelajar menggunakan corak pembelajaran masa kini iaitu dengan menggunakan digital. Saya seorang tutor yang tegas namun lembut dalam menyampaikan ilmu. Saya mempunyai semangat yang tinggi untuk memastikan pelajar saya mencapai matlamat dan beroleh kejayaannya. Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman dalam mengajar pelajar sekolah rendah namun saya pernah membuka kelas tuisyen subjek Bahasa Melayu,Matematik dan Sains untuk pelajar dari darjah 1 hingga 5. Saya merupakan seorang yang akan buat sampai jadi dan kejayaan itu pasti. Jadikan saya tutor anda hari ini kerana saya yakin saya mampu memberikan yang terbaik.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah teori kognitif iaitu dengan menekankan proses berfikir pelajar dalam memproses maklumat dan menyelesaikan masalah. Ia terbahagi kepada enam tahap pembelajaran iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Selain itu, saya juga akan menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian untuk menarik minat pelajar semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan.
Selanjutnya, saya juga akan menerapkan teori beban kognitif semasa menjadi tutor kerana teori beban kognitif merupakan teori pengajaran yang berdasarkan pada struktur kognitif manusia yang berasaskan pada karakteristik memori kerja dan memori jangka panjang manusia. Hal ini bermakna, pengajaran saya akan lebih kepada gambar rajah dan peta minda untuk memudahkan pelajar memahami sesuatu subtopik.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Inggeris Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Sains Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Membaca B. Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6