Seorang yang berdedikasi dan fleksibel. Merupakan pelajar cemerlang SPM dengan 10A, menyambungkan pelajaran dalam Asasi Sains Universiti Melayu, dan telah bergraduasi dengan ijazah kelas pertama di Univeristi Malaya dalam bidang Kimia. Mempunyai asas yang kukuh dalam Kimia dan Sains serta mampu mengajar kedua-dua subjek ini di peringkat sekolah menengah. Berkemahiran menyampaikan pembelajaran dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, memastikan pelajar mudah faham dan berminat untuk belajar.
Teaching Method(s)
Saya gemar menggunakan unsur gamifikasi untuk pengukuhan pelajar. Objektif pembelajaran adalah memastikan pelajar saya dapat menguasai konsep yang dipelajari dengan menggunakan bahasa sendiri dan mampu menjawab soalan soalan peperiksaan dengan baik.