Profile Picture

Ila Sabreena *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - BUSINESS ADMINISTRATION

Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) (Graduated)

Kulai Jaya, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya seorang pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di OUM. Pada masa ini, saya sedang menjalani latihan praktikal di sebuah sekolah, dengan fokus membantu pelajar sekolah rendah hingga Tingkatan 3 dalam subjek Sejarah dan juga pelajar yang memerlukan bimbingan membaca. Saya amat meminati bidang pendidikan, khususnya dalam subjek Sejarah, kerana saya percaya ia dapat memupuk jati diri dan kesedaran tentang warisan budaya kita. Saya seorang yang berdedikasi, penyabar, dan sentiasa berusaha mencari pendekatan terbaik untuk memastikan pelajar mencapai potensi maksimum mereka.
Teaching Method(s)
Kaedah pengajaran saya menekankan elemen interaktif dan menarik perhatian pelajar melalui pendekatan didik hibur. Saya menggunakan teknik seperti penceritaan sejarah, permainan interaktif, dan pendekatan visual seperti peta minda dan nota berwarna untuk membantu pelajar memahami dan mengingati fakta dengan lebih baik. Bagi pelajar yang menghadapi kesukaran membaca, saya menggunakan pendekatan fonetik dan latihan pembacaan berulang untuk membina keyakinan mereka. Saya juga menyediakan strategi pembelajaran seperti akronim dan teknik menjawab soalan mudah bagi membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Jadikan saya tutor anda, dan kita akan bekerjasama untuk mencapai kejayaan!
Subject
Subject School Level
Sejarah Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Membaca B. Melayu Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1