Profile Picture

Noor Aisyah *******

Diploma Pascasiswazah - Kluster Kemanusian

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Kota Bharu, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Aisyah, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan mempunyai Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya berpengalaman mengajar di Sekolah Menengah selama 3 bulan semasa tahun akhir pengajian di UKM. Saya diberi tanggungjawab mengajar pelajar Tingkatan 1 dalam subjek Geografi dan Tingkatan 4 dalam subjek Prinsip Perakaunan. Selain itu, saya berpengalaman mengajar dalam mytutor selama 4 bulan dalam mengajar subjek Geografi untuk pelajar Tingkatan 5 secara bersemuka.

Dalam setiap sesi pengajaran, saya sentiasa berusaha mengaplikasikan kaedah kreatif, interaktif dan berpusatkan pelajar bagi meningkatkan kefahaman dan minat terhadap subjek. Saya menyediakan pelbagai cara pengajaran untuk menarik minat pelajar dalam sesi pembelajaran yang dijalankan. Antara kaedah yang saya gunakan dalam sesi pengajaran adalah menggunakan peta minda, quizizz, kahoot, dan lain-lain.

Saya juga mahir menggunakan Google Classroom, Zoom dan Canva bagi menyampaikan sesi pembelajaran lebih menarik dan sistematik.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran saya, saya sentiasa berusaha menerapkan pelbagai kaedah seperti pembelajaran berasaskan permainan, teknologi digital seperti video bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, saya juga menerapkan strategi pembelajaran aktif seperti perbincangan dan soal jawab untuk menggalakkan pemikiran kritis dan kolabratif. Kaedah pengajaran saya menekankan keseimbangan antara teori dan praktikal agar pelajar bukan sahaja faham, tetapi mampu mengaplikasikan ilimu. Manakala saya akan menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tahap dan gaya pembelajaran untuk memastikan keberkesanan proses pembelajaran.

Bagi membantu pelajar memperolehi markah yang baik dalam peperiksaan saya menekankan teknik menjawab soalan dengan betul melalui latihan dan latih tubi secara berperingkat. Saya mengaplikasikan pengajaran saya supaya pelajar memahami dahulu topik yang dipelajari dan setelah memahaminya pelajar akan diuji dengan latih tubi dan soalan-soalan peperiksaan yang lepas seperti soalan spm.
Subject
Subject School Level
Geografi
Tingkatan 1 Tingkatan 5
Akaun
Tingkatan 4