Profile Picture

Sofea

(Online)

Sarjana Muda - Major Pendidikan Islam, Minor Bahasa Arab

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Kota Bharu, Kelantan

Institut Perguruan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Sofea. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi. Saya mempunyai latar belakang pengajian yang pelbagai, di mana saya pernah mengambil aliran Sains Tulen semasa di peringkat sekolah menengah, memberi saya asas kukuh dalam bidang sains seperti fizik, kimia, dan biologi. Selain itu, saya juga pernah melanjutkan pengajian dalam aliran Sains Sosial di peringkat STPM untuk suatu tempoh. Buat masa sekarang, saya sedang melanjutkan pembelajaran Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Islam (major) dan Bahasa Arab (minor) di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu. Bagi pengalaman, saya pernah mengajar untuk seketika waktu bagi kem bestari solat dan kem jawi di sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Saya juga mengambil pengalaman daripada mengajar adik dan saudara mara saya. Oleh itu, saya fleksibel dengan mana-mana subjek seperti Iqra', Sains, Subjek Agama dan Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah).
Teaching Method(s)
Disebabkan saya masih melanjutkan pengajian, saya lebih selesa untuk melakukan kelas secara talian. Saya mengutamakan pendekatan pengajaran yang disesuaikan dengan keperluan individu pelajar. Oleh itu, saya akan menggunakan pelbagai sumber pembelajaran interaktif dan teknik yang mudah difahami. Saya akan memanfaatkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Sebagai contohnya, selepas sesi pembelajaran, saya akan lakukan sesi soal jawab menerusi kuiz dalam talian secara santai. Saya juga amat terbuka untuk menggunakan teknik pengulangan dalam sesi pembelajaran. Saya berpendapat bahawa teknik pengulangan adalah kaedah yang efektif untuk memperkuat pemahaman murid.
Subject
Subject School Level
Sains Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 1, Darjah 5, Darjah 6
English Grammar Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 1, Tadika
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tadika
Membaca, Mengira & Menulis (3M) Darjah 2, Darjah 3, Tadika, Darjah 1