Profile Picture

Muhammad Hanis *******

Sarjana Muda - Bachelor of Accounting with Honour

Universiti Sains Islam Malaysia (Graduated)

Johor Bahru, Johor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Muhammad Hanis dan saya lebih selesa dipanggil Cikgu Hanis. Saya merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan dan merupakan ahli berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA). Saya mempunyai pengalaman dalam bidang kewangan dan akaun lebih 5 tahun dan kini ingin berkongsi ilmu serta kemahiran saya sebagai tutor sambilan.

Saya mengajar subjek Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas untuk peringkat sekolah menengah, khususnya pelajar SPM. Selain itu, saya juga mampu membantu pelajar dalam memahami asas pengurusan kewangan dan perakaunan. Saya terbuka untuk mengajar secara bersemuka di sekitar Johor Bahru dan juga secara atas talian ke seluruh Malaysia.

Antara strategi pembelajaran berasaskan pemahaman konsep dan latihan praktikal. Bagi saya kegembiraan terbesar adalah membantu beberapa pelajar lemah meningkatkan prestasi daripada gagal kepada skor kredit dan cemerlang dalam peperiksaan SPM.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik pengajaran yang interaktif dan fleksibel mengikut tahap pelajar. Antara pendekatan yang saya gunakan adalah:
Latihan berfokuskan soalan peperiksaan sebenar supaya pelajar dapat membiasakan diri dengan format dan teknik menjawab.
Nota ringkas dan peta minda untuk membantu pemahaman konsep asas dan kaitan antara topik.
Sesi soal jawab secara terbuka untuk menggalakkan pelajar bertanya dan menyelesaikan kekeliruan.
Kelas atas talian menggunakan platform seperti Google Meet dan Zoom, lengkap dengan bahan digital dan kuiz interaktif.
Pemantauan prestasi secara berkala dan pemberian tugasan ringkas untuk menilai tahap kefahaman pelajar.
Saya percaya dengan pendekatan yang sesuai dan sokongan berterusan, pelajar akan lebih yakin serta mampu mencapai keputusan yang lebih baik.

Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan
Tingkatan 5 STPM - Tingkatan 6 Tingkatan 4
Ekonomi
Tingkatan 5 STPM - Tingkatan 6 Tingkatan 4