Profile Picture

Ahmad Amirul *******

(Physical & Online)

Diploma Pascasiswazah - Diploma Lepasan Ijazah Dalam Pengajaran

Open University Malaysia (Ongoing Study)

Temerloh, Pahang

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Salam perkenalan.

Nama saya Ahmad Amirul Aufa, atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Amirul. Saya merupakan graduan Sarjana Muda Analitik Data dari Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA) dan kini sedang melanjutkan pengajian, Diploma Lepasan Ijazah dalam Pengajaran (PGDT) di Open University Malaysia. Walaupun pengalaman saya dalam dunia pendidikan masih di peringkat awal, saya komited untuk membantu pelajar mencapai potensi terbaik mereka, terutamanya pelajar yang memerlukan bimbingan tambahan. Dengan pendekatan yang fleksibel dan teknik pembelajaran yang berfokus, saya menyediakan sesi pengajaran untuk subjek berikut:

1. UASA: Matematik
2. SPM: Matematik dan Matematik Tambahan

Selain itu, saya mempunyai kemahiran tambahan dalam penggunaan perisian seperti Microsoft Office, Canva, dan teknologi terkini seperti Artificial Intelligence (AI), yang saya manfaatkan untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan efektif. Saya percaya setiap pelajar mampu berjaya dengan pendekatan yang sesuai. Jom kita belajar bersama-sama!

Teaching Method(s)
Kaedah pembelajaran yang saya gunakan berfokus kepada pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-Based Learning), disokong dengan elemen interaktif seperti grafik, peta minda, dan nota ringkas. Saya juga akan pastikan wujudnya komunikasi dua hala serta perbincangan yang berkesan untuk membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial. Penilaian berterusan akan dilakukan sepanjang sesi pembelajaran untuk memantau perkembangan pembelajaran anak anda secara konsisten.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5