Profile Picture

Nur Afina *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Johor Bahru, Johor

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Nur Afina binti Khairuddin, seorang pendidik yang bersemangat dalam membimbing dan mencorak masa depan anak-anak didik. Berkelulusan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), saya berkhidmat sebagai guru dan pembimbing, khususnya dalam bidang Pendidikan Islam untuk murid sekolah rendah (Darjah 1-6), termasuk Jawi.

Selain itu, saya turut mengajar Bahasa Arab sebagai subjek minor serta mempunyai kepakaran dalam membimbing bacaan al-Quran dan Iqra'. Bagi saya, pendidikan bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membentuk sahsiah dan akhlak generasi masa depan.

Teaching Method(s)
Sebagai guru dalam aliran Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Al-Quran dan Iqra'. Saya menerapkan pelbagai jenis kaedah yang menarik dalam pembelajaran saya.

1. Subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
- Pembelajaran yang interaktif dan tidak hanya membelek buku teks.
- Membantu murid untuk melibatkan diri secara fokus, kritis dan praktis.
- Pembelajaran yang melibatkan gamifikasi bagi membantu murid lebih memahami isi Pembelajaran.
- Latihan yang bersesuaian dengan intensiti serta penerimaan murid dalam sesebuah topik.

2. Al-Quran / Iqra'
- Menggunakan kaedah talaqqi musyafahah (murid mengikut sebutan dan bacaannya guru)
- Kaedah fonetik bagi bacaan Iqra'
- Penggunaan teknik repetitif bagi bahagian bacaan yang ingin diperbetulkan.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Jawi Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Arab - Third Language Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6