Profile Picture

Sharifah Nur *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah Sekolah Rendah

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Pekan, Pahang

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Sharifah Nur Azizah dan saya amat berbesar hati untuk memperkenalkan diri sebagai seorang tutor. Saya merupakan seorang individu yang berdedikasi, penyabar, dan bersemangat untuk membantu pelajar mencapai potensi terbaik mereka dalam pembelajaran.

Saya memiliki latar belakang akademik yang kukuh dalam bidang membaca (bahasa melayu), matematik, sejarah, bahasa melayu dan bahasa inggeris serta saya mempunyai pengalaman mengajar selama 4 tahun dalam pengajaran secara atas talian. Saya mula bekerja di sebuah pusat tuisyen semasa PKP selepas sahaja saya tamat SPM sehingga saya mula sambung pelajaran di IPGM. Pada masa ini, saya juga ada melaksanakan kelas secara atas talian secara persendirian. Sepanjang tempoh ini, saya telah membantu pelajar dari pelbagai peringkat umur dan tahap penguasaan, termasuk mereka yang memerlukan pendekatan pembelajaran yang berbeza.
Teaching Method(s)
Pendekatan saya sebagai seorang tutor adalah berpusatkan pelajar, di mana saya akan menyesuaikan gaya pengajaran mengikut keperluan dan kemampuan individu Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai cara belajar tersendiri, dan tugas saya adalah untuk membimbing mereka dengan cara yang paling berkesan dan menyeronokkan.

Saya juga mengutamakan pembinaan keyakinan diri dalam kalangan pelajar, kerana keyakinan adalah kunci kejayaan. Dengan kaedah pengajaran yang interaktif dan suasana pembelajaran yang positif, saya berusaha untuk menjadikan sesi pembelajaran satu pengalaman yang bermakna dan menyeronokkan.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 3 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Inggeris
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 1
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Mathematics DLP
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
KAFA
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5