Profile Picture

Aida Natasha

Sarjana Muda - Bahasa Melayu/matematik

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Dungun, Terengganu

Institut Perguruan

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Cikgu Aida, seorang tutor baharu yang berdedikasi dalam membantu pelajar mencapai potensi terbaik mereka melalui pendekatan pengajaran yang santai namun berkesan. Saya kini berada di tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan pengkhususan dalam Bahasa Melayu sebagai subjek major dan Matematik sebagai subjek minor. Sepanjang latihan praktikal, saya telah memperoleh pengalaman mengajar tahap 2 sekolah rendah khususnya dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Saya sangat mahir dalam membina motivasi pelajar serta mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan menyeronokkan. Dengan pendekatan yang memfokuskan kepada semangat, pemahaman dan pencapaian pelajar, saya komited untuk membantu mereka berjaya dalam akademik dan perkembangan peribadi.
Teaching Method(s)
Teknik Mengajar:
• Menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid untuk meningkatkan kefahaman melalui pengalaman dan penerokaan.
• Mengajar secara berstruktur set induksi, langkah pengajaran 1, 2, 3 dan penutup).
• Menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) seperti alat maujud dan bahan digital interaktif untuk merangsang kreativiti dan meningkatkan gambaran visual pelajar.
• Menjalankan sesi soal jawab atau kuiz interaktif sebagai penilaian sama ada pra ujian atau pasca ujian untuk setiap subtopik.

Cara Pengurusan:
• Menggunakan kad ganjaran sebagai peneguhan positif untuk memotivasikan pelajar.
• Mengamalkan peneguhan negatif melalui penggunaan kad demerit bagi mengurangkan tingkah laku tidak berdisiplin.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang santai tetapi terkawal untuk memastikan pelajar selesa belajar tanpa rasa tertekan.
• Menggalakkan interaksi dua hala antara guru dan pelajar bagi meningkatkan komunikasi yang berkesan.
• Menetapkan peraturan kelas yang jelas supaya pelajar memahami tanggungjawab mereka sepanjang sesi pembelajaran.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 4 Darjah 5
Bahasa Melayu
Darjah 5 Darjah 4