Profile Picture

Intan Syazana *******

Degree (Non Education Faculty) - Penulisan Kreatif

Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) (Graduated)

Shah Alam, Selangor

Total Teaching : 149 hours

Tutor Training

Training B.Melayu Sek Menengah

PKSK & UKKM

Motivation In Education

Online Class Preparation

Training Sejarah SPM

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Cikgu Intan. Saya berpengalaman sebagai guru sekolah rendah sebagai subjek Bahasa Melayu. Kini, bekerja sebagai Guru BM dan Sejarah di sebuah sekolah menengah agama. Saya juga merupakan guru SPM di sebuah sekolah tahfiz yang diamanahkan untuk mengajar subjek Sejarah. Saya juga dilantik untuk mengajar subjek Sejarah dan Pendidikan Islam untuk sekumpulan pelajar mualaf yang bakal menduduki SPM dibawah perlindungan sebuah badan kebajikan. Saya juga bekerja sebagai guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen dan diamanahkan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu dan Sejarah bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Saya merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif dengan Kepujian di ASWARA dan kini menyambung pengajian ijazah kedua di USM dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian, major Sejarah dan minor Kesusasteraan Melayu. Marilah berganding bahu membantu anak-anak kita mencapai kejayaan. Para pelajar SPM 2025 dibawah kelolaan saya telah mendapat lulus dalam subjek Sejarah dan BM, yang mana pada asalnya mereka selalu mendapat gred E hingga G tetapi dengan bimbingan saya, mereka telah berjaya memperoleh gred A hingga C. Pelajar calon persendirian SPM juga berjaya mendapat gred lulus iaitu C walaupun mereka tidak pernah ke sekolah harian kerana masalah keciciran pelajaran.
Teaching Method(s)
Saya berpengalaman dalam membantu para pelajar sekolah yang mempunyai penguasaan yang lemah dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Saya akan memberikan penerangan teori dan memperbanyakkan latihan. Selain itu, saya akan memberikan tips dan cara jawab mudah bagi pelajar yang mempunyai kesukaran dalam mengingati formula. Saya juga pernah mengadakan kelas pecutan UPSR bagi seorang pelajar hyperactive yang lemah dalam subjek Matematik dan akhirnya mendapat C dalam UPSR. Bagi subjek Sejarah saya memperkenalkan teknik tulang ikan bagi memudahkan para pelajar dalam membuat nota untuk rujukan dan ulang kaji. Saya juga memberikan tips menjawab terutama bagi soalan KBAT. Untuk subjek Bahasa Melayu saya membantu pelajar memahami konteks soalan dan memperkenalkan kerangka karangan sebelum pelajar membina ayat supaya para pelajar tidak mengalami 'blank' semasa menulis karangan. Saya menggunakan method penceritaan melalui buku cerita dan meminta pelajar membaca dan mengulas semula cerita mengikut kefahamannya secara lisan. Saya juga memfokuskan sesi soal jawab bersama pelajar untuk melihat kefahaman dalam alur cerita. Saya akan memberikan nota untuk rujukan pelajar dan perbanyakkan latihan untuk membantu meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar. Di MyTutor saya lebih cenderung untuk mengajar secara dalam talian.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sejarah
Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Asas Fardhu Ain
Dewasa
KAFA
KAFA - Darjah 1 KAFA - Darjah 2 KAFA - Darjah 3 KAFA - Darjah 4 KAFA - Darjah 5 KAFA - Darjah 6
3M (Bahasa Melayu)
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Rating & Review

Puan Salme

Bahasa Melayu

08 Jun 2025 21:59

Cikgu yang terbaik

Puan Salme

Sejarah

02 Mar 2025 08:46

Baik