Profile Picture

Wan Natasha *******

Sarjana Muda - Sejarah

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Sungai Petani, Kedah

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan saya ialah Natasha. Saya masih merupakan seorang pelajar dibawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG. Setelah tamat Ijazah Sarjana Muda, saya akan mengajar di sekolah rendah. Saya mengambil major Sejarah dan minor RBT, namun saya mampu mengajar subjek-subjek lain seperti konsep asas matematik kepada murid prasekolah dan subjek matematik sekolah rendah. Selain itu, saya juga mampu mengajar kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Kemahiran khusus yang dimiliki ialah saya mempunyai pengetahuan asas yang kukuh mengenai subjek-subjek di sekolah rendah dan dapat mengaplikasikan pendekatan yang dipelajari semasa di IPG kepada murid saya iaitu dari segi kemahiran pengajaran, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya. Untuk mengajar murid dalam subjek Matematik saya mahir untuk mempelbagaikan kaedah mengajar yang lebih sederhana mengikut tahap murid dengan menggunakan visual dan alat bantu yang sesuai untuk dikaitkan dengan topik yang diajar. Kejayaan terbaik saya di sekolah adalah memperoleh keputusan yang cemerlang semasa SPM (10A). Saya juga aktif melibatkan diri dalam pertandingan inovasi untuk meningkatkan kreativiti saya dan memperoleh Silver Award dalam Darulaman International Innovation, Competition & Exhibition.
Teaching Method(s)
Teknik-teknik menarik yang saya akan terapkan dalam pembelajaran adalah seperti yang ditekankan semasa belajar di IPG iaitu dengan menggunakan pelbagai alat bantu visual seperti peta minda, infografik, dan carta aliran untuk membantu murid memahami konsep dengan lebih mudah. Selain itu, saya menggunakan teknologi seperti video interaktif untuk menjadikan sesi lebih menarik. Saya juga menyediakan bahan seperti flashcards, modul bergambar, dan latihan berasaskan permainan untuk meningkatkan minat murid terhadap topik yang diajar. Pendekatan yang saya gunakan adalah, saya lebih gemar menggunakan kaedah pendekatan berperingkat di mana konsep diajar secara ringkas terlebih dahulu sebelum mendalamkan topik secara beransur-ansur. Saya sering menggunakan analogi dan contoh yang berkaitan dengan kehidupan harian murid supaya mereka dapat memahami konsep dengan lebih jelas. Untuk memastikan kefahaman, saya menggalakkan murid melukis semula peta minda atau membuat ringkasan visual bagi topik yang dipelajari. Teknik yang diajar untuk memastikan pelajar peroleh skor yang baik adalah seperti menyediakan teknik hafalan menggunakan alat bantu seperti flashcards berwarna dan peta konsep. Saya juga melatih murid menjawab soalan menggunakan strategi seperti mengenal pasti kata kunci dalam soalan dan menggariskan maklumat penting dalam teks. Latihan disertai dengan maklum balas terperinci membantu mereka memperbaiki kelemahan secara berterusan. Selain itu, saya mengadakan sesi ulang kaji menggunakan kuiz digital interaktif untuk mengukuhkan pemahaman mereka dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Tadika Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Reka Bentuk dan Teknologi
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Prasekolah - 3M
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3