Profile Picture

Nur Siddiqah *******

Sarjana Muda - IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Balik Pulau, Pulau Pinang

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra: Cikgu Ika
Pengalaman mengajar: 1 tahun
Tahap pengajaran: Sekolah Rendah (SJKC, Balik Pulau)
Subjek utama: Bahasa Melayu
Subjek tambahan: Pendidikan Jasmani
Kemahiran khusus:
Mempunyai teknik menjawab dan kaedah membina rangka jawapan yang membantu murid menjawab soalan Bahasa Melayu UASA dengan lebih mudah dan berkesan, khususnya bagi Bahagian B, C dan D.
Kejayaan terbaik:
Membangunkan inovasi tatabahasa digital “PenjoBi” (Penjodoh Bilangan), iaitu permainan interaktif yang membantu murid memahami dan mengingat penjodoh bilangan dengan cara yang menyeronokkan. Murid dapat bermain sambil belajar untuk memahami konsep Penjodoh Bilangan dengan lebih mendalam.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan pelbagai teknik menarik dalam pembelajaran seperti kaedah didik hibur, penggunaan nota berwarna-warni, gambar rajah, dan akronim mudah diingat bagi menarik minat murid serta membantu mereka mengingat isi penting dengan lebih cepat. Bagi memastikan pelajar benar-benar memahami ilmu yang diajar, saya menggunakan pendekatan berpusatkan murid dengan memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi, bertanya, dan mencuba sendiri aktiviti pembelajaran secara aktif. Untuk membantu pelajar skor dengan baik, saya mengajar teknik menjawab dan rangka karangan mudah yang terbukti berkesan dalam membantu murid menjawab soalan Bahasa Melayu UASA, khususnya bagi Bahagian B, C dan D, dengan lebih yakin dan teratur.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 6
Bahasa Cina SJKC
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6