Profile Picture

Muhammad Amer *******

Sarjana Muda - Bacelor Sains Dengan Pendidikan Matematik

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Ongoing Study)

Bachok, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai !! Saya Muhammad Amer Izzuddin Bin Rosli atau lebih mesra dipanggil Sir Amer,seorang individu yang berminat dalam bidang pendidikan dan bercita-cita menjadi tutor yang berdedikasi. Dengan latar belakang dalam Sains Matematik, saya mempunyai pemahaman yang kukuh dalam Matematik dan ingin membantu pelajar menguasai konsep dengan lebih mudah dan berkesan.

Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai cara pembelajaran yang berbeza, dan saya berusaha untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih interaktif dan mudah difahami. Matlamat saya adalah untuk membantu pelajar meningkatkan keyakinan serta pencapaian akademik mereka dalam Matematik.
Teaching Method(s)
saya menggunakan pendekatan yang membantu pelajar memahami konsep asas sebelum beralih ke soalan yang lebih mencabar. Teknik yang saya terapkan termasuk:

✅ Konsep Sebelum Formula – Saya memastikan pelajar memahami konsep asas di sebalik setiap formula sebelum menghafalnya. Ini membantu mereka menyelesaikan pelbagai jenis soalan tanpa bergantung sepenuhnya pada hafalan.

✅ Penerangan Langkah Demi Langkah – Saya menerangkan setiap langkah dalam penyelesaian masalah secara terperinci supaya pelajar tidak hanya mendapat jawapan, tetapi juga memahami prosesnya.

✅ Latihan Berperingkat (Easy → Medium → Hard) – Saya menyediakan latihan bermula dari tahap asas hingga ke tahap peperiksaan supaya pelajar dapat meningkatkan keyakinan secara bertahap.

✅ Soalan Peperiksaan & Analisis Corak – Saya menekankan latihan menggunakan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas untuk membiasakan pelajar dengan format peperiksaan dan corak soalan yang sering keluar.

✅ Pengurusan Masa & Strategi Menjawab – Saya mengajar teknik menjawab dengan cekap, seperti mengutamakan soalan mudah dahulu, teknik penyemakan jawapan, serta cara mengelakkan kesilapan kecil yang boleh mengurangkan markah.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 4 Tingkatan 5