Profile Picture

Anis Asyiqin

Diploma Pascasiswazah - IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (MATEMATIK DENGAN EKONOMI)

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Graduated)

Kota Kinabatangan, Sabah

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan saya ialah Cikgu Anis. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik dengan Ekonomi) dan telah melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 4 bulan; 3 bulan semasa menjalani latihan praktikum dan sebulan sebagai guru ganti di sebuah sekolah menengah. Sepanjang tempoh tersebut, saya berpeluang mengajar Matematik dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Kejayaan terbaik saya ialah apabila pelajar yang mulanya kurang minat terhadap Matematik menunjukkan peningkatan dalam ujian pertengahan tahun setelah mengikuti kelas bimbingan yang saya sediakan.
Teaching Method(s)
Saya suka menggunakan pendekatan pengajaran yang interaktif dan berpusatkan pelajar. Antara teknik yang saya terapkan termasuk pembelajaran berasaskan permainan (game-based learning), penggunaan bahan bantu mengajar digital seperti kuiz interaktif (Kahoot, Quizizz), serta aktiviti berkumpulan untuk menggalakkan komunikasi dan kerjasama dalam kalangan pelajar. Saya juga gemar mengaitkan konsep Matematik dengan situasi harian atau isu semasa supaya pelajar dapat melihat kepentingan subjek ini dalam kehidupan mereka.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5