Profile Picture

Muhammad Alif *******

Sarjana Muda - Bacelor Sains Fizik Dengan Pendidikan (Kepujian)

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Ongoing Study)

Tanah Merah, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan saya ialah Alif. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama enam bulan semasa menjalani latihan praktikal. Antara kejayaan terbaik yang pernah saya capai ialah penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum di universiti. Saya pernah muncul sebagai Johan Pertandingan Debat Nuklear, dilantik sebagai Pengarah Pertandingan Debat Belia Madani, serta menjadi calon Anugerah Putra Ikon (kini dikenali sebagai Anugerah Naib Canselor) dalam kategori Kepimpinan Akademik.
Teaching Method(s)
Antara teknik menarik yang saya terapkan dalam pembelajaran ialah yang pertama, pembelajaran secara analogi. Saya menggunakan analogi yang mudah dan dekat dengan kehidupan seharian murid bagi membantu mereka memahami konsep yang abstrak. Dengan cara ini, murid dapat menghubungkan pengetahuan baharu dengan pengalaman mereka sendiri. Seterusnya, Teknik Permainan dalam Pembelajaran. Saya mengaplikasikan aktiviti berbentuk permainan untuk menjadikan suasana kelas lebih menyeronokkan. Pendekatan ini mampu meningkatkan penglibatan murid, merangsang daya saing secara sihat, serta mengukuhkan pemahaman mereka terhadap topik yang diajar.
Selain itu, Pendekatan Berasaskan Murid juga menjadi teknik pembelajaran yang diguna pakai. Saya memberi ruang kepada murid untuk lebih aktif dengan melibatkan mereka secara langsung dalam aktiviti pembelajaran, seperti perbincangan kumpulan, pembentangan dan penyelesaian masalah. Hal ini dapat membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran komunikasi mereka.
Akhirnya, Pendekatan Berasaskan Guru. Pada masa yang sama, saya turut menggunakan kaedah pengajaran secara langsung untuk menerangkan konsep baharu yang memerlukan bimbingan awal. Pendekatan ini memastikan murid mendapat gambaran yang jelas sebelum mereka melaksanakan aktiviti yang lebih berdikari
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Tingkatan 1 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 6 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4
Fizik
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4