Profile Picture

Sakinah Binti *******

Sarjana(master) - Diploma Postgraduate In Teaching

Open University Malaysia (Graduated)

Kota Bharu, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training PKSK & UKKM

Training Introduction To Cambridge

Training Motivation In Education

Training Online Class Preparation

Training Chemistry

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan graduan Diploma Lepasan Ijazah dalam Pendidikan dari OUM dan sebelum ini graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) Analisis Forensik dari UITM Shah Alam, dan sangat berminat untuk berkongsi pengetahuan serta membantu pelajar memahami topik dengan lebih mudah. Saya sering membantu rakan-rakan belajar dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Selain itu, saya juga merupakan seorang yang penyabar, komited dalam menjalankan tugas serta sentiasa berusaha memperbaiki cara penyampaian agar sesuai dengan keperluan pelajar.
Teaching Method(s)
Antara kaedah pengajaran yang saya aplikasikan termasuk pembelajaran secara visual dan analogi yang mana saya akan menggunakan gambar rajah, carta, dan analogi dari kehidupan harian untuk menjelaskan konsep abstrak seperti ikatan kimia dan lain-lain.Selain itu, saya juga akan memberi latihan kepada pelajar setiap kali selesai satu topik dan akan berbincang jawapan bersama-sama. ini membantu pelajar faham konsep yang dipelajari dan bukan sekadar hafal. Saya juga menekankan konsep pembelajaran aktif seperti menggalakkan pelajar untuk bertanya, berbincang dan menerangkan balik apa yang mereka faham (konsep teach back) untuk mengukuhkan pemahaman mereka. Saya juga mengamalkan breakdown konsep yang lebih kompleks. Sebagai contoh, saya akan pecahkan konsep sukar kepada bahagian kecil dan ajar langkah demi langkah, contohnya dalam pengiraan mol atau penulisan persamaan kimia.
Subject
Subject School Level
Sains
Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Darjah 2
Kimia
Tingkatan 4