Profile Picture

Aiman Hariz *******

Sarjana Muda - Bahasa Arab dan Linguistik

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Ongoing Study)

Kajang, Selangor

Tutor Training

English Secondary Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai dan assalamualaikum! Cikgu/muallim Aiman di sini(Tutor sambilan). Saya sudah mengajar subjek bahasa terutamanya bahasa Arab lebih daripada setahun khususnya pelajar sekolah menenangah, universiti dan dewasa. Subjek utama yang saya ajar ialah bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti melayu dan Inggeris.Saya turut mengajar beberapa subjek sains sosial dan agama lain seperti sejarah, UPKK, pendidikan Islam dan perniagaan. Saya mempunyai kemahiran menggunakan aplikasi seperti canva untuk mencipta nota dan Wayground,Kahoot,Knowt, Quizet dan Wordwall untuk menyediakan kuiz dan flashcard(kad imbas) bagi membantu pelajar mengulangkaji dan menguji kefahaman mereka. Saya juga mengamalkan pendekatan fleksibel dan okay dengan perubahan waktu kelas terutamanya apabila terdapat diberitahu awal atas urusan-urusan seperti majlis di sekolah atau tempat kerja, kenduri kahwin keluarga, urusan hospital, sakit dan sebagainya. Di samping itu, saya turut terbuka untuk membuat kelas ganti(penukaran waktu) hingga lewat malam atau awal pagi mahupun kelas tambahan terutamanya dalam talian atas perbincangan dengan pelajar/ibubapa. Bagi kelas dalam talian, saya biasanya menggunakan google meet dan microsoft team. Kejayaan terbaik yang pernah saya capai adalah mengajar kelas intensif bahasa Arab(KIBA) di bawah anjuran Persatuan Bahasa Arab Universiti Malaya(UM) dan berjaya menyediakan nota slaid, kad imbas dan kuiz bagi setiap kelas serta menjuarai pertandingan explorace bahasa Arab anjuran USIM bersempena Hari Bahasa Arab Sedunia 2023. Nota: Saya hanya menerima ibubapa/pelajar yang negotiable untuk pertukaran/penangguhan waktu kelas atas urusan-urusan kerja/keluarga/sekolah/universiti/kesihatan dan cuti seperti sambutan hari raya, tahun baru cina bagi memberi laluan pada kedua belah pihak. Terima kasih♡ Sebarang pertanyaan sila hubungi nombor telefon saya.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pelbagai teknik termasuklah teknik tradisional seperti buku dan kertas serta moden seperti kad imbas digital dan aplikasi kuiz bagi mengelakkan kebosanan ketika belajar. Saya juga menyediakan pautan-pautan media bahasa Arab beserta pautan permainan kuiz kosa kata agar pelajar dapat mengulangkaji pelajaran secara kerap selepas tamat sesi pembelajaran. Saya juga menyediakan nota ringkas dalam bentuk pdf bagi memudahkan pelajar mengulangkaji pelajaran tanpa mengira masa. Selain itu, saya turut menyediakan penilaian ringkas untuk menguji tahap pelajar sebelum sesi tamat. Saya juga turut boleh menyediakan bahan bantu mengajar fizikal menggunakan bahan seperti kertas atas keperluan pengajaran dan kehendak pelajar/ibu bapa namun perlu diberitahu awal spesifikasi kehendak agar saya dapat merancang masa saya bagi membeli dan menyiapkan bahan mengikut silibus dan keperluan khusus.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Arab
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa KAFA - Darjah 1 KAFA - Darjah 2 KAFA - Darjah 3 KAFA - Darjah 4 KAFA - Darjah 5 KAFA - Darjah 6
Sejarah
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Perniagaan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
UPKK Sirah
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Jawi dan Khat
Darjah 1 Tadika Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa