Profile Picture

Nurul Nabiha *******

Sarjana Muda - PENGAJIAN BAHASA MELAYU

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Rengit, Johor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berdisiplin dalam mengajar. Sehubungan itu, saya sentiasa memastikan setiap sesi pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Saya mempunyai semangat yang tinggi dalam membantu anak-anak untuk meningkatkan pemahaman mereka dalam pelajaran, serta berusaha memahami dan mengambil berat tentang setiap cabaran yang mereka hadapi. Dengan komitmen yang tinggi, saya berusaha memberikan yang terbaik kepada anak didik saya, memastikan mereka mendapat bimbingan yang sesuai dengan keperluan mereka. oleh itu, saya sentiasa mencari pendekatan pengajaran yang kreatif dan sesuai bagi menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Akhir sekali, pada kesempatan ini berilah ruang dan peluang untuk saya menjadi tutor kepada anak-anak anda pada sekarang ini.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pendekatan yang menyeronokkan dan mesra kanak-kanak untuk membantu murid belajar membaca dalam subjek Bahasa Melayu, khusus bagi tahap Darjah 1 hingga 3.

Antara teknik yang biasa digunakan termasuk:
✅ Gabung bunyi dan suku kata untuk bantu anak mengenal perkataan dengan cepat.
✅ Kad imbas & permainan fonik untuk meningkatkan tumpuan dan ingatan.
✅ Aktiviti padanan gambar dan perkataan supaya anak faham maksud secara visual.
✅ Puzzle suku kata & bina ayat mudah yang melatih kreativiti dan kefahaman.
✅ Bacaan berpandu melalui cerita bergambar dan lakonan untuk bantu anak yakin membaca dan memahami.

Setiap sesi disusun secara berperingkat mengikut kemampuan anak, dengan penekanan kepada pembelajaran yang santai, tidak membebankan dan membina keyakinan.

Saya percaya, apabila anak seronok belajar, mereka lebih mudah untuk menguasai kemahiran membaca dengan baik.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Asas (Basic) Tadika