Profile Picture

Nur Zakirah *******

Sarjana Muda - Real Estate Management

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Kuala Berang, Terengganu

Tutor Training

Training Sains Sek Menengah

Training Online Class Preparation

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Zakirah. Saya merupakan tutor yang sangat berdedikasi dan bersemangat tinggi untuk membantu anak anak didik saya bagi mencapai keputusan yang cemerlang dan dibanggakan. Saya juga seorang yang sangat ramah dan pandai mengambil hati pelajar dengan mendekati dan memahami anak anak didik saya. Walau bagaimanapun, Saya tetap tegas dalam hal hal pembelajaran agar anak didik saya dapat mencapai matlamat dalam kehidupan mereka. Saya akan memastikan anak didik saya menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran bersama saya dan tidak bosan setiap kali waktu mengajar yang saya jalankan. Saya berkebolehan dalam mendidik pelajar dari sekolah rendah hingga menengah. Keupayaan saya yang utama adalah dalam subjek bahasa Melayu. Tidak hanya itu, saya juga mampu mengajar subjek matematik dan sains. Dengan menggunakan kebolehan yang saya ada, saya mampu mengendalikan pelajar dengan baik tidak kira peringkat umur. Pembelajaran yang bermakna juga akan saya berikan kepada semua pelajar saya bagi menaikan tahap motivasi dan semangat dalam diri mereka. Hubungi saya untuk membantu anak anda menuju kecemerlangan.
Teaching Method(s)
Teknik pembelajaran yang saya gunakan adalah kaedah belajar secara santai dan berhibur. Hal ini, bagi memastikan anak didik saya tidak bosan dan mengantuk sewaktu pembelajaran dijalankan. Selain itu, saya juga akan menyediakan nota nota bewarna atau peta minda agar matlumat yang cuba disampaikan mudah difahami dan diingati. Saya juga menggunakan akronim dan penggunaan ayat yang senang bagi membantu anak didik saya menguasai topik dan kemahiran topic itu dengan senang. Saya akan mengunakan teknik pembelajaran yang mudah bagi setiap pelajar saya bagi membolehkan proses belajar mereka lebih menyeronokkan. Bukan itu sahaja, elemen yang menarik juga akan saya serta dalam kaedah pengajaran saya seperti quiz, dan teknik untuk menghafal dengan mudah. Dengan cara ini, pelajar akan berasa lebih mudah untuk faham dan merasakan bahawa proses pembelajaran itu sebenarnya menyeronokkan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Prasekolah - 3M
Tadika