Profile Picture

Tutor Intan

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Kepujian Biologi

Universiti Teknologi MARA (Bandaraya Melaka) (Graduated)

Klebang, Melaka

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Salam perkenalan! Saya Tutor Intan. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 4 tahun di beberapa pusat tuisyen di Melaka Tengah, mengajar pelajar berumur 5 tahun sehingga 17 tahun termasuk calon peperiksaan besar seperti SPM dan UPKK.

Saya mengajar pelbagai subjek, dengan fokus utama pada Sains, Biologi dan Matematik. Selain itu, saya juga mengajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , UPKK , Fizik, Kimia , Sejarah dan 3M (Membaca , Menulis dan Mengira).Berlatar belakang akademik dalam bidang Sains Tulen (SPM), Diploma Sains (UiTM Tapah), dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Biologi) di UiTM Puncak Alam, saya sentiasa berusaha memberikan pengalaman pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. Saya juga mempunyai asas dalam Bahasa Arab, yang saya pelajari sebagai bahasa ketiga semasa di universiti.
Teaching Method(s)
Dalam mengajar, saya menerapkan pembelajaran berasaskan masalah (PBL) untuk menggalakkan pemikiran kritikal, selain menggunakan kaedah visual dan interaktif seperti gambar, carta, video, dan eksperimen mudah untuk menerangkan konsep sains. Saya juga menekankan penggunaan teknik mnemonik dan peta minda bagi membantu pelajar menghafal fakta dengan lebih mudah. Pendekatan saya berpusatkan pelajar, di mana saya menggalakkan sesi perbincangan dan soal jawab untuk memastikan mereka benar-benar memahami konsep yang diajar.

Untuk memastikan pelajar dapat skor dengan baik, saya membimbing mereka dengan teknik skimming dan scanning bagi memudahkan mereka mengenal pasti maklumat penting dalam soalan, serta teknik penulisan jawapan berstruktur agar jawapan lebih tepat dan padat. Saya juga menekankan latihan berterusan, termasuk soalan tahun lepas dan soalan KBAT, supaya pelajar lebih bersedia menghadapi peperiksaan. Sejak 2021, saya telah membantu lebih 150 pelajar calon SPM meningkatkan pencapaian akademik mereka, dan saya percaya setiap pelajar mampu berjaya jika diberi bimbingan serta pendekatan pembelajaran yang sesuai.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sejarah
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Biologi
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Kimia
Tingkatan 4 Tingkatan 5
UPKK
Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Prasekolah - 3M
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Fizik
Tingkatan 4 Tingkatan 5