Profile Picture

Muhammad Adlifahmi *******

Sarjana(master) - Master in Technical and Vocational Education

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Graduated)

Rembau, Negeri Sembilan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Cikgu Adli atau Sir Adli. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama lebih 6 bulan (secara formal) di 2 buah sekolah yang telah membentuk kecekapan saya dalam menyampaikan ilmu secara berkesan.

Sepanjang kerjaya saya, saya telah berpeluang mengajar di sekolah menengah, iaitu di SMK Seri Machap, Johor dan SMK Panchor, Negeri Sembilan menjadikan saya lebih fleksibel dan memahami keperluan pembelajaran mengikut tahap perkembangan murid.

Subjek utama yang saya ajar ialah Reka Bentuk dan Teknologi untuk semua peringkat menengah rendah, manakala subjek tambahan yang saya pernah kendalikan termasuk Matematik, Sains dan Bahasa Melayu, bergantung kepada keperluan sekolah dan jadual waktu semasa.

Saya juga memiliki beberapa kemahiran khusus dalam bidang pendidikan, termasuk kemahiran penggunaan teknologi dalam PdPc (seperti Google Classroom, Canva, dan Quizizz), kemahiran komunikasi yang efektif dengan pelajar pelbagai latar belakang, serta kebolehan menghasilkan bahan bantu mengajar kreatif yang menepati aras pembelajaran. Saya juga pernah menyertai karnival/pameran/pertandingan inovasi dan kreativiti di kedua-dua buah sekoah yang meningkatkan kemahiran dalam berinovasi yang boleh saya turunkan kepada pelajar-pelajar saya di kemudian hari. Saya juga pernah bekerja dalam bidang Engineering selama 2 tahun yang memberi saya kelebihan dalam bidang tersebut yang dapat saya curahkan kepada pelajar saya kelak terutamanya subjek teknikal, lukisan, matematik/matematiktambahan

Antara kejayaan terbaik yang pernah saya capai ialah saya berjaya mengekalkan prestasi pembelajaran saya dengan mendapat Dekan setiap Sem di peringkat Diploma, Degree dan Master.

Saya percaya bahawa setiap murid mempunyai potensi unik, dan tugas saya sebagai pendidik adalah untuk menggilap potensi tersebut dengan pendekatan yang berkesan, sabar dan penuh kasih sayang.
Teaching Method(s)
Pendekatan & Teknik Pengajaran
A. Dalam usaha memastikan pembelajaran berjalan dengan berkesan dan menyeronokkan, saya sentiasa menerapkan pelbagai teknik menarik dalam pengajaran, antaranya:
1- Pembelajaran Berasaskan Permainan (Gamifikasi) seperti penggunaan Kahoot, Quizizz, dan Wordwall untuk menguji kefahaman secara interaktif.
2-Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-Based Learning) yang melibatkan murid menghasilkan sesuatu produk atau penyelesaian berkaitan tajuk pembelajaran.
3- Pembelajaran Visual dan Interaktif, contohnya menggunakan video pendek, infografik dan simulasi untuk membantu pemahaman konsep abstrak.
4- Teknik ‘Think-Pair-Share’ atau kerja berkumpulan kecil untuk galakkan interaksi murid dan membina keyakinan.

B. Untuk memastikan murid benar-benar memahami ilmu yang diajar, saya menggunakan pendekatan:
1- Pemudahcaraan Pembelajaran Secara Bertahap (Scaffolding) — menyampaikan ilmu mengikut tahap kefahaman pelajar secara berperingkat.
2- Penilaian Formatif Secara Konsisten — soalan ringkas, latihan kendiri dan refleksi selepas kelas untuk mengenal pasti tahap kefahaman.
3- Pendekatan Inkuiri dan Soal Jawab Terbuka — memberi peluang pelajar bertanya, memberi pandangan, dan meneroka maklumat sendiri.
4- Sentuhan Emosi dan Konteks Dunia Sebenar, supaya pelajar dapat kaitkan pembelajaran dengan kehidupan harian mereka.

C. Bagi membantu pelajar skor dengan lebih baik dalam peperiksaan, saya mengajar teknik-teknik seperti:
1- Teknik Menjawab Berdasarkan Kata Kunci Soalan (terutamanya dalam subjek Sains dan Matematik).
2- Peta Minda dan Nota Ringkas Berstruktur untuk membantu hafalan dan ulangkaji.
3- Latihan Intensif Berfokus — mengulang soalan-soalan lepas dan soalan aras tinggi (KBAT).
4- Teknik Pengurusan Masa dalam Peperiksaan agar pelajar bijak membahagikan masa mengikut bahagian.
5- Pembinaan Jadual Ulangkaji Terancang serta motivasi kendiri.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Universiti - Diploma
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 5 Darjah 6 Darjah 3 Darjah 4 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Reka Bentuk dan Teknologi
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3