Profile Picture

Nursyaza Nasuha *******

Sarjana Muda - Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Ongoing Study)

Pasir Puteh, Kelantan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Mesra dipanggil Teacher/Cikgu Syaza. Saya seorang guru yang berdedikasi dan bersemangat dalam membantu pelajar memahami subjek Matematik dengan lebih mudah dan menyeronokkan.
Saya juga aktif dalam bidang sukan dan sering mengaitkan elemen pembelajaran aktif dalam sesi pengajaran.
Berpengalaman mengajar pelajar sekolah rendah dan menengah, saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi unik yang boleh digilap dengan pendekatan yang sesuai.
Kejayaan terbesar saya ialah melihat pelajar yang dahulunya kurang minat terhadap Matematik akhirnya berjaya memahami konsep dan memperoleh keputusan cemerlang.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan gabungan beberapa pendekatan pengajaran yang interaktif dan berfokuskan pelajar, antaranya:

-Teach, Explain, Practise: Saya akan menerangkan konsep dengan cara yang mudah difahami, diikuti dengan latihan berperingkat untuk mengukuhkan kefahaman.

-Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-Based Learning): Saya galakkan pelajar menyelesaikan soalan sebenar bagi mengasah kemahiran berfikir aras tinggi.

-Kaedah Visual dan Aktiviti Hands-On: Menggunakan alat bantu mengajar, video, dan permainan Matematik untuk menarik minat pelajar.

-Pembelajaran Kolaboratif: Mendorong pelajar untuk bekerja dalam kumpulan kecil bagi membina keyakinan dan komunikasi.

-Penilaian Berterusan: Saya memberi maklum balas secara berterusan untuk membantu pelajar memperbaiki kelemahan mereka.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 4 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 5