Profile Picture

Nurul Arifah *******

(Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Education (Teaching English As A Second Language) (Honours)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Graduated)

Teluk Intan, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan selamat sejahtera ibu bapa dan pelajar! Saya Miss Arifah, seorang tutor yang bersemangat untuk mencipta ruang belajar yang interaktif, menyeronokkan, dan berkesan untuk pelajar saya.

Saya telah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama di sebuah fakulti pendidikan, dalam pengkhususan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua atau lebih dikenali sebagai TESL. Saya telah dilatih untuk merujuk silibus yang terkini, termasuk topik-topik dalam buku teks, latihan bagi kemahiran-kemahiran berbahasa, dan juga cara penandaan yang sering digunakan di sekolah. Selain daripada Bahasa Inggeris, saya juga mempunyai pengalaman dalam bidang Pengajian Iqra' dan Al-Quran.

Jom! Kita belajar bersama-sama, tingkatkan prestasi kita!

Teaching Method(s)
Seperti pelajar-pelajar masa kini, saya juga amat suka jika kelas dan setiap sesi pembelajaran kita lebih menyeronokkan dan ada unsur-unsur yang interaktif. Antara elemen yang saya sering gunakan adalah video-video menarik, kuiz bergambar, dan lagu atau audio berkaitan, serta rajah yang boleh membantu pelajar memahami kandungan pengajaran dengan lebih baik.

Saya juga mementingkan pembelajaran dua hala antara pelajar dan tutor. Maka, semasa sesi pertama, saya akan mengenal pasti terlebih dahulu cara pembelajaran yang lebih diminati oleh setiap pelajar sebelum meneruskan sesi-sesi yang akan datang. Dengan ini, pelajar akan lebih cenderung untuk aktif mengambil bahagian dalam kelas.

Namun, kelas-kelas kita bukan sahaja akan jadi seronok. Saya akan sentiasa pastikan objektif pembelajaran kita tercapai, supaya masa dan tenaga yang anda luangkan memberi pulangan yang terbaik.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Mengaji - Iqra Mengaji, Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Dewasa
Mengaji - Al-Quran Mengaji, Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Dewasa