Profile Picture

Ain Zubaidah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Mechanical Engineering

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Graduated)

Batu Pahat, Johor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Ain. Saya mempunyai Diploma Kejuruteraan Mekanikal serta Pendidikan dan pernah menjalani latihan praktikal mengajar di Sekolah Menengah Vokasional bagi subjek Kimpalan serta di Kolej Kemahiran bagi subjek Penyelenggaraan Pendingin Hawa. Berdasarkan latar belakang akademik saya, subjek utama yang saya ajar ialah Matematik dan Sains, selain boleh mengajar subjek tambahan seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya juga sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Penyelidikan), yang memberi kelebihan kepada saya untuk berkongsi pengetahuan teknikal dan akademik secara lebih mendalam kepada pelajar. Saya bersemangat untuk membantu pelajar memahami konsep pembelajaran dengan lebih mudah dan membina keyakinan mereka dalam mencapai kecemerlangan akademik.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan bagi menarik minat pelajar. Antara teknik yang diterapkan ialah menggunakan bahan visual seperti slaid, video dan latihan berkala untuk membantu pemahaman. Saya juga suka menyelitkan kuiz ringkas dan contoh situasi harian agar pelajar lebih mudah mengaitkan teori dengan amalan. Pendekatan pembelajaran saya lebih berfokus kepada keperluan individu pelajar, di mana saya akan menerangkan konsep secara berperingkat dari asas hingga tahap yang lebih kompleks. Pelajar juga digalakkan untuk bertanya dan berbincang agar lebih yakin. Untuk membantu pelajar skor dengan baik, saya menekankan teknik menjawab soalan, penggunaan nota ringkas, dan latihan ulangan secara konsisten. Saya percaya pembelajaran yang santai tetapi berkesan mampu membantu pelajar mencapai keputusan yang cemerlang.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6