Profile Picture

Amirul Fitri *******

Degree (Non Education Faculty) - Sains Komputer (Sistem Komputer dan Rangkaian)

Universiti Malaya (Petaling Jaya) (Graduated)

Banting, Selangor

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

PKSK & UKKM

Introduction To Cambridge

Motivation In Education

Personality & MI Fundamentals

Online Class Preparation

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya Amirul Fitri bin Mohd Raihan merupakan graduan Universiti Malaya dalam bidang Sains Komputer yang kini melanjutkan pengajian diploma pascasiswazah pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Boleh panggil saya Cikgu Amirul.

Saya baru hendak berjinak-jinak dalam alam pendidikan atau perguruan ini secara formal sebagai persediaan menjadi guru yang cemerlang di sekolah kelak. Pengalaman mengajar saya secara tidak formal telah bermula sejak zaman persekolahan lagi dengan membantu rakan-rakan sebaya. Saya aktif berkongsi maklumat dan membantu rakan-rakan yang memerlukan sehingga kini terutamanya dari segi pembelajaran.

Subjek yang menjadi keutamaan saya untuk mengajar buat masa ini ialah matematik. Saya dikenali sebagai seorang yang suka memberi motivasi kepada pelajar di samping pandai mengatur strategi untuk mencapai objektif pembelajaran yang diinginkan. Saya akan memberikan khidmat yang terbaik kepada Tuan/Puan yang sudi mengambil khidmat saya mengajar anak-anak Tuan/Puan.
Teaching Method(s)
1) Guna objek sebenar (Hands-on Learning)
Pelajar belajar lebih cepat apabila boleh pegang dan nampak. Sesuai untuk pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi.

2) Cerita (Storytelling)
Kaitkan pembelajaran matematik dengan dunia sebenar melalui penceritaan.

3) Visual dan warna yang menarik
Penggunaan bahan mengajar yang menarik boleh menambah minat pelajar untuk belajar.

4) Quiz atas talian (Gamification)
Pelajar boleh melihat skor dan belajar daripada kesilapan dengan lebih cepat.

5) Step-by-step breakdown
Meminta pelajar untuk ikut jalan kerja satu per satu sambil menerangkan kepada mereka. Sesuai untuk pelajar yang lemah.

6) Tools visual matematik
Pelajar boleh lihat aplikasi matematik dalam dunia sebenar dengan lebih mudah.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3