Profile Picture

Nik Nurnadirah *******

Sarjana Muda - Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Jempol, Negeri Sembilan

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Saya merupakan bakal guru dari Institut Pendidikan Guru Malaysia dan kini sedang mengikuti pengajian tahun ketiga dalam program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Saya telah menjalani latihan praktikum di sekolah dan memperoleh pengalaman berharga dalam bidang pengajaran. Saya dijangka menamatkan pengajian pada tahun hadapan dan bakal bergelar guru Bahasa Melayu dengan pengkhususan minor dalam Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Sejarah. Saya amat mencintai profesion perguruan dan berharap agar dapat membantu lebih ramai pelajar di Malaysia dalam mempelajari mana mana subjek kerana saya sudah menjalani latihan dalam pelbagai subjek sepanjang saya berada di IPG.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan beberapa pendekatan dalam pengajaran, termasuk mengikuti aliran semasa dan mengaplikasikan kaedah interaktif seperti penggunaan Canva, Genially & Google Sites. Saya juga mengamalkan pendekatan didik hibur bagi menarik minat murid serta meningkatkan keberkesanan pengajaran. Di samping itu, saya yakin dengan kebolehan saya untuk mengajar dengan baik kerana telah menjalani latihan intensif selama empat tahun di Institut Pendidikan Guru, merangkumi mikro-teaching, pendekatan ansur maju, dan pelbagai strategi pedagogi yang berkesan. Saya juga pernah menjalankan praktikum iaitu mengajar di sebuah sekolah rendah selama lebih kurang 3 bulan dalam subjek Bahasa Melayu dan RBT. Akhir sekali saya juga telah menjalani latihan untuk merancang proses PdP yang menarik dan menghadapi pelbagai jenis murid. In sya Allah.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 5 Darjah 6 Darjah 4
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 2 Darjah 1 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Sejarah
Darjah 5 Darjah 4 Darjah 6 Darjah 1
Reka Bentuk dan Teknologi
Darjah 4 Darjah 5
Prasekolah - 3M
Tadika
Komunikasi Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3