Profile Picture

Siti Khodijah *******

Diploma / Stpm - Diploma In Accountancy

Universiti Poly-Tech Malaysia - UPTM (Graduated)

Kuala Terengganu, Terengganu

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Siti Khodijah, berusia 21 tahun, berasal dari Terengganu dan kini baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang perakaunan. Saya baru sahaja menyelesaikan latihan industri dalam bidang ini dan sedang menunggu keputusan rasmi.Sepanjang tempoh latihan industri, saya telah memperoleh pengalaman dalam pengurusan kewangan, penyediaan penyata kewangan, serta penggunaan perisian perakaunan. Saya juga mempunyai minat yang mendalam dalam dunia pendidikan dan bercita-cita untuk menjadi seorang guru dalam bidang perakaunan.Saya juga merupakan seorang guru berpengalaman dalam mengajar bacaan Al-Quran menggunakan kaedah IQRA secara bersemuka dan online.
Teaching Method(s)
Saya akan mengajar pelajar saya terlebih dahulu dengan menerangkan konsep dan topik yang berkaitan dalam subjek itu. Semasa sesi pembelajaran, saya akan menggunakan pelbagai pendekatan seperti penerangan teori, contoh situasi dunia sebenar, serta perbincangan interaktif bagi memastikan mereka memahami dengan lebih baik.Selain itu, saya juga akan menggalakkan pelajar untuk bertanya dan berkongsi pendapat supaya mereka lebih terlibat dalam proses pembelajaran. Saya percaya bahawa kaedah pengajaran yang interaktif dapat membantu pelajar memahami konsep dengan lebih jelas dan mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam situasi sebenar.Pada akhir kelas, saya akan memberikan latihan kepada pelajar untuk menguji tahap pemahaman mereka terhadap apa yang telah dipelajari pada hari tersebut. Latihan ini bukan sahaja bertujuan untuk menilai sejauh mana mereka memahami topik yang diajar, tetapi juga membantu mereka mengukuhkan konsep yang telah dipelajari. Sekiranya terdapat pelajar yang masih kurang faham, saya akan memberikan bimbingan tambahan atau menerangkan semula bahagian yang sukar dengan cara yang lebih mudah difahami.Dengan pendekatan ini, saya berharap dapat membantu pelajar menguasai subjek dengan lebih baik dan membina keyakinan mereka dalam subjek ini.Bagi subjek iqra' pula saya mengutamakan pengajaran yang mudah difahami dengan teknik pengulangan dan latihan praktikal bagi memastikan pelajar dapat sebut huruf hijaiyyah dengan tepat dan lancar. Kelas saya sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa yang baru mula atau ingin memperbaiki bacaan Al-Quran. Saya menyediakan sesi yang mesra dan fleksibel mengikut keperluan pelajar, sama ada secara individu atau kumpulan kecil. Jika berminat untuk belajar bacaan IQRA secara santai tetapi berkesan,
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Jawi
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Catur
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2