Profile Picture

Ahmad Afiq *******

- ACCA

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Ongoing Study)

Wangsa Maju, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan bekas pelajar tokoh di sebuah MRSM di Johor dan memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM dengan 6A+ 3A. Saya mahir dalam subjek sains dan matematik, termasuk sains tulen dan matematik tambahan. Saya juga berpengalaman mewakili maktab saya dalam pelbagai pertandingan seperti debat Bahasa Inggeris, Olimpiad Matematik Kebangsaan, tunas saintis, dan 'spelling bee' selain aktif dalam sukan olahraga. Saya menyambung pelajaran ke bidang perakaunan melalui sijil profesional dan kini telah bekerja dalam bidang tersebut selama 3 tahun lebih. Matlamat utama saya adalah memastikan pelajar bukan sahaja memahami konsep, tetapi juga mampu menjelaskannya kepada orang lain dengan yakin, menandakan penguasaan yang kukuh terhadap ilmu yang dipelajari. Pilih cemerlang, pilih Tutor Afiq!
Teaching Method(s)
Pendekatan pengajaran saya adalah menekankan pemahaman konsep asas secara mendalam sebelum beralih kepada aplikasi yang lebih kompleks. Saya membantu pelajar dengan memberikan contoh praktikal yang berkaitan, bermula dari peringkat asas hingga ke situasi kehidupan sebenar. Saya juga memastikan setiap sesi pembelajaran berlangsung dalam suasana yang mesra dan interaktif bagi membangkitkan rasa ingin tahu serta menggalakkan komunikasi dua hala yang berkesan. Saya mengamalkan sikap terbuka terhadap maklumbalas kaedah pembelajaran yang saya terapkan agar pelajar berasa selesa dan bermotivasi tinggi secara berterusan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 5 Tingkatan 4 Tingkatan 3 Tingkatan 2 Tingkatan 1
Prinsip Perakaunan
Mahir (Professional) Foundation Universiti - Ijazah Sarjana Muda Tingkatan 5 Tingkatan 4 Dewasa
Biologi
Tingkatan 5 Tingkatan 4
Matematik Tambahan
Tingkatan 5 Tingkatan 4
Kimia
Tingkatan 5 Tingkatan 4
Fizik
Tingkatan 5 Tingkatan 4