Profile Picture

Rabiatul Adawiyah *******

Sarjana Muda - Bachelor Of Mechanical Engineering With Honours

Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) (Graduated)

Sungai Petani, Kedah

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Boleh panggil saya Adawiyah. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan sangat mahir dalam subjek Matematik. Selain itu, saya mempunyai minat yang mendalam terhadap Biologi dan bersemangat untuk membantu pelajar memahami kedua-dua subjek ini dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Saya juga komited dalam membantu murid menguasai kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis, dan Mengira) dengan pendekatan yang sabar dan bersesuaian dengan tahap mereka. Di samping itu, saya turut menawarkan bimbingan dalam bacaan Iqra’ dan tulisan Jawi bagi menyokong perkembangan asas pendidikan agama dan bahasa pelajar. Saya percaya setiap murid mempunyai potensi untuk berjaya apabila diberi sokongan dan galakan yang betul.
Teaching Method(s)
Keutamaan saya dalam mengajar adalah mengenali kekuatan dan kelemahan pelajar saya. Apabila saya sudah mengetahui hal ini saya mampu menerapkan kaedah yang sesuai dengan tahap pelajar saya. Cara saya mengajar adalah lebih personal kerana fokus saya adalah membentuk pemahaman pelajar terhadap subjek tersebut bukan sahaja belajar untuk peperiksaan semata-mata. Saya lebih suka memberi semangat kepada pelajar dan memberi mereka keyakinan terhadap kebolehan mereka sendiri. Pelajar lebih mudah ingat dengan memahami subjek daripada menghafal sahaja maka itulah cara saya lakukan.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Biologi
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Jawi
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6