Profile Picture

Iffah Syaimaa *******

Sarjana Muda - Bachelor In Business Administration

Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) (Graduated)

Kota Setar, Kedah

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), dengan kepakaran dalam subjek Matematik, Perakaunan, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan. Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang unik. Oleh itu, saya komited untuk mengenal pasti keperluan setiap pelajar agar pendekatan pengajaran yang digunakan lebih berkesan dan mudah difahami. Matlamat saya adalah untuk membantu pelajar membina asas yang kukuh serta keyakinan diri dalam menguasai subjek yang dipelajari.
Teaching Method(s)
1. Pendekatan Berfokuskan Pelajar
- Saya memberi tumpuan kepada keperluan dan tahap kefahaman setiap pelajar untuk memastikan pembelajaran berlaku secara efektif dan mengikut rentak masing-masing.

2. Penerangan Konsep Secara Langkah demi Langkah
- Saya akan menerangkan setiap konsep dengan jelas dan berperingkat, agar pelajar mudah memahami asas sebelum beralih ke topik yang lebih kompleks.

3. Latihan Berstruktur & Ulangkaji Soalan Sebenar
- Pelajar akan dibimbing melalui latihan berkualiti dan soalan peperiksaan sebenar untuk membina keyakinan dan kemahiran menjawab soalan.

4. Interaktif & Two-Way Communication
- Galakan soal jawab sepanjang sesi untuk memastikan pelajar aktif, faham, dan tidak malu bertanya.

5. Penilaian Berkala & Maklum Balas
- Saya akan membuat penilaian berkala bagi memantau kemajuan pelajar dan memberikan maklum balas membina secara konsisten.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6