Profile Picture

Nurul Hannan *******

Diploma Pascasiswazah - Kimia

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Graduated)

Bandar Pusat Jengka, Pahang

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training Membaca

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Cikgu/ Teacher Hannan. Nama saya Nurul Hannan Binti Ariffin, berumur 26 tahun dan merupakan seorang graduan cemerlang dalam bidang Sains dan Pendidikan. Saya memiliki *Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kimia Industri dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan telah melengkapkan Diploma Pendidikan Pascasiswazah (Kimia) di Universiti Malaya (UM).

Sepanjang pengajian saya, saya telah membina asas yang kukuh dalam subjek Sains dan Kimia serta mengembangkan kemahiran mengajar yang efektif dan mesra pelajar. Saya juga telah menamatkan praktikum selama 3 bulan di SMK Seri Bentong dengan keputusan yang cemerlang. Saya diberi peluang mengajar Sains Tingkatan 1 dan Kimia Tingkatan 4 dan ia sememangnya memberikan saya pengalaman berharga dalam mengendalikan pelajar dari pelbagai latar belakang dan tahap pencapaian.

Sebagai seorang tutor yang komited dan sabar, saya bersemangat untuk membantu pelajar memahami konsep yang sukar dengan cara yang mudah, interaktif dan menyeronokkan. Saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi untuk cemerlang dengan pendekatan pembelajaran yang tepat. Saya amat berminat untuk berkongsi ilmu dan membimbing pelajar mencapai kejayaan akademik mereka melalui platform pembelajaran atas talian.

Teaching Method(s)
Saya membina rancangan pengajaran yang disesuaikan mengikut keperluan murid saya, dengan menyesuaikan kandungan berdasarkan topik yang dipelajari. Pendekatan pengajaran saya mengutamakan penerangan konsep asas Sains dengan cara yang mudah, ringkas dan menggunakan contoh yang dekat dengan kehidupan harian murid. Saya memberi fokus kepada pemahaman istilah Sains yang mudah dahulu, sebelum menguasai keseluruhan topik. Saya juga menitikberatkan penggunaan arahan yang jelas, aktiviti yang menyeronokkan dan penglibatan aktif murid supaya mereka mudah faham, seronok belajar, dan dapat mengikuti pelajaran dengan berkesan.
Subject
Subject School Level
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 3 Tingkatan 2 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Kimia
Tingkatan 4 Tingkatan 5