Profile Picture

Nur Alifah *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Biologi) Dengan Kepujian

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Kota Bharu, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Ilyana. Saya merupakan graduan pendidikan dan tutor yang berminat dalam membimbing pelajar sekolah rendah dan menengah. Saya mempunyai pengalaman mengajar melalui latihan praktikum, tugasan akademik serta bimbingan pembelajaran secara tidak formal di SMK dan MRSM.

Saya mengajar pelajar sekolah menengah, dengan subjek utama Sains dan Biologi, serta subjek tambahan Matematik menengah rendah. Saya menekankan kefahaman konsep, teknik menjawab soalan dan pembelajaran secara berperingkat agar pelajar lebih mudah memahami topik yang dipelajari.

Antara kemahiran khusus yang saya miliki ialah kemahiran komunikasi yang baik, kesabaran, pengurusan masa dan kebolehan menerangkan topik yang sukar dengan cara yang ringkas dan mudah difahami. Kejayaan terbaik saya setakat ini ialah berjaya membantu pelajar meningkatkan kefahaman serta keyakinan diri dalam subjek yang diajar.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pembelajaran, saya menerapkan teknik pengajaran yang menarik seperti penggunaan contoh situasi sebenar, rajah, peta konsep serta latihan berperingkat mengikut tahap pelajar. Saya juga menggalakkan pelajar bertanya soalan agar suasana pembelajaran menjadi lebih interaktif dan tidak membosankan.

Bagi memastikan pelajar benar-benar memahami ilmu yang diajar, saya menekankan kefahaman konsep terlebih dahulu sebelum beralih kepada latihan soalan. Saya akan menerangkan topik secara ringkas dan tersusun, diikuti dengan soalan mudah, sederhana dan seterusnya soalan aras tinggi untuk mengukuhkan pemahaman pelajar.

Untuk membantu pelajar memperoleh skor yang baik, saya mengajar teknik menjawab soalan peperiksaan, mengenal pasti kata kunci soalan, pengurusan masa serta kesalahan lazim yang sering dilakukan pelajar. Saya juga menyediakan latihan berfokus mengikut topik dan peperiksaan bagi meningkatkan prestasi pelajar.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1
Sains
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Biologi
Tingkatan 4
Biologi DLP
Tingkatan 4