Profile Picture

Izzati

Sarjana Muda - Major In Bahasa Melayu And Minor In Science

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Pontian, Johor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia yang bersemangat, penuh dedikasi dan sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada anak didik saya. Saya percaya bahawa setiap murid berhak mendapat bimbingan yang penuh kasih sayang namun tegas, dan saya komited untuk memastikan mereka mencapai potensi terbaik mereka. Saya juga seorang yang mudah didekati dan pandai mengambil hati murid supaya sesi pembelajaran menjadi sesuatu yang mereka nanti-nantikan.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pendekatan “didik hibur” yang interaktif dan menyeronokkan supaya pelajar tidak mudah bosan dan lebih fokus ketika belajar. Saya juga gemar menggunakan permainan bahasa bagi memudahkan pelajar mengingati isi-isi penting. Dalam pengajaran penulisan dan tatabahasa, saya menyediakan teknik pantas dan mudah difahami, sesuai dengan tahap murid. Saya juga akan menggunakan teknik ganjaran sebagai pendorong kepada murid saya. Saya percaya, apabila pelajar seronok dan selesa dalam kelas, barulah ilmu senang masuk ke dalam jiwa mereka. Dengan pengalaman saya yang semakin matang dan pendekatan mesra tetapi tegas, saya yakin dapat menjadi tutor yang memberi kesan positif dalam kehidupan pelajar.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 3 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5
Sains
Darjah 3