Profile Picture

Nur Natasha *******

Sarjana(master) - Sarjana Falsafah Matematik

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Graduated)

Senai, Johor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Saya Tasha, seorang tutor yang berdedikasi dan bersemangat untuk membantu pelajar sekolah menengah mencapai potensi terbaik mereka. Saya merupakan graduan Sains Matematik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Saya mempunyai pengalaman sementara sebagai guru ganti di sekolah menengah. Saya percaya bahawa setiap pelajar mampu berjaya jika diberikan sokongan yang sesuai dan pendekatan pembelajaran yang mudah difahami. Saya berusaha untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan, interaktif dan tidak membosankan, agar pelajar lebih yakin dan bersemangat untuk belajar. Saya amat teruja untuk berkongsi ilmu serta membantu pelajar lain berjaya dalam pelajaran mereka.
Teaching Method(s)
Saya mengamalkan kaedah pengajaran yang fleksibel dan menyesuaikan pendekatan mengikut tahap pemahaman serta keperluan setiap pelajar. Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, jadi saya akan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka terlebih dahulu sebelum merancang cara pengajaran yang paling sesuai sama ada secara visual, latihan berulang, perbincangan terbuka atau penggunaan teknik ringkas untuk menghafal dan memahami konsep.

Saya juga percaya bahawa komunikasi dua hala sangat penting, jadi saya akan sentiasa galakkan pelajar untuk bertanya dan berkongsi masalah mereka tanpa rasa malu. Fokus saya adalah untuk membantu mereka membina keyakinan diri, memahami topik dengan lebih mendalam dan mencapai peningkatan secara berperingkat.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 3 Tingkatan 4
Matematik Tambahan
Tingkatan 4